Thursday, December 29, 2011

empat puluh sembilan per lima puluh

Assalamualaikum dan tahniah. apa yang tiba-tiba tahniah ni? mai ler baca dulu, baru tahu.

itu hari kan. hari tu kan. 28 Disember 2011. hari Rabu tak silap aku. padahal baru semalam. aku dah lulus dah. lulus SPM weh. SPM. haa kau SPM. SPM. SPM. SPM. SPM. SPM. tahu nampak sangat bohongnya. aku lulus ujian undang-undang jalan raya. nak gelar ujian komputer pun boleh. maksudnya ujian undang-undang tu kau pakai komputer. kau tahu komputer?  haa macam bawah ni.


tadaaa.  pilih la nak jawapan A ke B ke C ke D. E pun boleh.

perasaan aku sewaktu menduduki ujian undang-undang ni, phewww nebes. serius aku cakap. tak tipu punya. menggeletar tangan. nak kawal tetikus pun payah. dah pulak sejuk dalam bilik tu. dah pulak musim salji. ah memang bertambah sejuk. gegel tahu. gegel. maksud aku gigil. haih sejak bila Malaysia kita ada salji. makanya,


sebelum ujian undang-undang juga, aku terfikir pasal apa yang mak aku bilang sama aku kelmarin. sebelum hari ujian undang-undang tiba. 

Mak : dah baca buku belum? esok dah nak ujian.
Aku : dah dah. tinggal lagi sikit yang bab belakang tu. yang akta apa bendah entah.
Mak : *berlalu pergi*

tak berapa lama lepas itu,

Mak : kau dok mengadap laptop je, dah baca belum?
Aku : ala kejap la. tadi dah baca dah.

waktu malam pun tiba,

Mak : tu dok baring-baring lagi, dah habis baca belum?
Aku : *mata lelap, buat dek,kuajo tak?*
Mak : esok kalau kau tak lulus, jangan harap nak balik. duduk sana sampai lulus. kena bayar balik tu kalau tak lulus!
Aku : *opps tersentap.terus bangun, sambung baca*

tahu takut. ya, saya masih mengenal erti takut dengan mak saya walaupun saya manja dengan mak saya. yeww saya manjeww. saya bangga saya manjeww. kalau tak manjeww, siapa lagi nak manjeww-manjeww dengan mak saya. abah saya? oh tu tolak tepi. lain cerita. makanya,



ini muka terkejut.

aku terkejut sebab

 |
|
|
\/


nampak tak aku dah kasi zoom ni?

a'ah aku dapat 49/50. salah satu. satu. satu. bukan dua. bukan tiga. bukan lima puluh. terkejut. sangat. tersangat. amat. teramat. sungguh. sesungguhnya terkejut badak. reaksi waktu tu mulut ternganga. tak sangka. aku aku aku rasa nak gelak. teringin nak gelak tersembur air liur depan skrin komputer tu. aku sangka salah antara empat hingga lapan soalan. makanya aku teringin buat



tapi hasrat tak kesampaian.
aku mampu senyum je.
senyum bangga.
sekejap.
takpe.

aku rasa ini pengaruh daripada kawan aku. kawan aku dapat 49/50 juga. reaksi aku masa tu "fuyoh". bila tiba giliran aku nak ambil ujian undang-undang ni, 49/50 asyik terbayang. bukan itu je. aku terbayangkan pasal apa yang mak aku kata tu ah. aku takutlah kalau betul-betul aku gagal. aku takutlah kalau betul-btul aku tak boleh balik. aku takutlah nak terbangkan RM27 untuk ujian ulangan. membazir. oleh itu, aku menjawab semua 50 soalan dalam masa 42 minit daripada 45 minit. aku semak berulang kali. takut punya pasal dengan kata-kata mak. akhirnya, dapat juga 49/50 yang aku terbayang-bayangkan tu. alhamdullilah. lepas keluar dari bilik tu, kawan aku "orang yang masuk selepas kau pun dah keluar dulu". nampak sangat ke aku lama sangat? biarlah. aku tak suka keluar awal. tak suka ke atau takut dengan kata-kata seorang mak? aku tak suka! bukan takut! ok aku takut dan tak suka. dua-dua.





Tuesday, December 13, 2011

vroom vroom bunyi kereta

Assalamualaikum saudara dan saudari. telah lama kita tidak bertentang mata. makanya, hari ini marilah baca cerita ini. bila kau baca, timbullah perasaan cinta. tuih apa ni.

setelah sekian lamanya aku menunggu saat manis itu. akhirnya, tiba jua. ewah ewah. lagi pula, hari ini sungguh cool tarikhnya. 13/12/11. susunan yang menarik. susunan menurun. tarikh yang aku akan cuba ingat pabila aku mengambil lesen kereta nanti. ye, akan cuba ingat. aku mudah lupa. eh maklum ah, usia makin meningkat tetapi perangai masih kekal seperti budak tadika yang selalu seluar koyak tengah. aku la tu. biarlah. mari kita undur ke 'menunggu saat manis'. jyeah, aku dah belajar memandu kereta hari ini buat julung kalinya. itulah saat manisnya. tahulah dalam kalangan kau orang ni, dari tingkatan satu pun dah tahu pandu kereta. tidak usah ler nak hidung tinggi macam _ _ _ _ sangat. tahu ah aku baru belajar kan kan kan. halamak kau. halamakkk. halamakkk. makk. oh mak. ye, mak aku yang ajar. omma, xie xie. mak, terima kasih. itu tadi ada campur bahasa Korea sama bahasa Cina sekali bahasa Melayu. haha apa-apa sahajalah.

ini perlu kasi tahu ni. tapi waktu kau orang memandu buat pertama kali kan, pasti ada je yang macam gelabah ke macam nak terkencing ke macam nak terberak pun ada ke macam nak korek hidung ke macam nak garu kaki atau ketiak ke macam menggeletar ke? ada tak ada tak? pasti ada punya ma. gua kasi konfem ma. pasti ada hoi. pasti pasti. pasta pasti ada juga. dan nak tahu apa keadaan aku pabila pertama kali memandu? bukan apa pun. aku cuma gelak. bukan gelak suka-suka. ini gelak macam ada sesuatu yang benar-benar lawak dan kelakar serta menggelikan hati. bukan hati je geli, tapak kaki aku geli juga masa nak tekan padel. gatal bodoh. mak aku sampai sound "hoi jangan gelak boleh tak?kau ingat ini megatron mega mentega lawak king kong ke belajar memandu ni?" haha percaya pulak kau. mak aku tegur baik-baiklah. aku pulak balas "nak elak nebes ah mak". tapi sebenarnya aku gelak sebab kelakar. kelakar weh dapat belajar memandu kereta ni. kau tak rasa kelakar ke? mungkin kelakar sebab tapak kaki aku geli. ada semut lalu kot dekat tapak kaki aku. tahulah harum bak bunga tahi ayam. sayang kau semut, esok kita tunang. duh.

lepas mak ajar ini apa itu apa ini macam mana itu macam mana, natijahnya dapatlah juga aku pusing-pusing dekat kawasan perumahan blok tiga aku ni. belum keluar jauh lagi. nak belok simpang pun terhegeh-hegeh. mahu kena langgar kalau buat dekat jalan besar. terhegeh-hegeh tu sebab nak tukar kelaj. lantak ah. aku tak tahu eja. lebih kurang begitulah sebutannya. pusing kepala aku mana satu nak tekan kelaj, tekan brek, tekan minyak dan semua-semualah. itu kalau manual. auto, kauuuu siapa-siapa pun boleh. macam kereta mainan. tapi lama-lama insyaallah dah biasa nanti tak pening dah kalau manual. dah pro ek ek? ahaaaaaaaaaa. esok nak belajar lagi dengan mak kita. mak kita best. kalau dengan abah kita, erm kurang sikit. padahal takut sebab garang. boooo boooo. walaupun abah kita yang ajak dulu belajar memandu kereta ni. alaaaa abah, i love you lah. mak, i love you too lah. kakak, tak i love you lah sebab malas nak ajar. muahahaha gurau je. sayang semua. ok dah habis. jom tepuk untuk aku. pok pok bujang lapok, ketiak lapok. ketiak lagi. dah bye.

*aku dapat bonus, tangan bertambah gelap. panas terik woh pagi tadi. gelap pun kacak juga kan.


Saturday, November 26, 2011

semut

Assalamulaikum. apa khabar yang sedang membaca? ewah.

hari ni macam ce eh la eh ka. faham ke tu? ahaaaa jeng jeng jeng. hari ni aku marah. ahaaa cool gila bila aku marah. aku marah cara unik. ketap gigi. geram geram sambil carut. muka pun hodoh. hidung dikembang pula. lagi terserlah kebodohan itu. tetapi terselit juga keayuan gadis. puih. nasib gigi tak patah. doktor yang hensem berkata "kalau pakai gigi besi, gigi kita longgar dan londeh serta mudah tercabut". ayat macam ala-ala tipu je kan. bila dibaca semula, sepatutnya 'kehodohan'.

sini. aku nak cerita. aku naik menyampah terhadap si kecil yang comel alololo rasa nak pijak biar hati rasa puas dan lebih buas. siapakah gerangan yang ingin dipijak itu? ahaa macam apa gerangan gerangan. si kecil itu adalah semut. ye semut. comel kan? ahaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa ahaaaaaaaaaaaaaaaaaa apedehal ahaaaaaaaaaaaaaaaaaaa tak habis-habis. kau suka semut? kalau kau suka, aku lagi suka semut. lagi suka sampai aku jadi benci. benci terhadap semut tersebut. tersebut! tersebut! sebut.. sebut.. ebut.. but... u.. t.. ini namanya bergema. syok kan gema gema. echo..echoo..echo.. ehcho..

tak tahu macam mana nak sambung.

err. yelah aku benci semut lah. yelah aku tahulah kita tak sepatutnya membunuh. aku tahu dosa besar tu. kalau aku bunuh semut pun dosa besar agaknya. bukan satu dua tiga empat lima enam tujuh lapan sembilan sepuluh semut tapi beratus-ratus, beribu-ribu semut yang sedang bergerak secara tersusunnya, teraturnya, ter ter ter. tak adalah teratur sangat. kau tahu tak sakit mata aku tengok. bukan satu tempat. setiap pelosok rumah ibu bapa tersayang aku ni. setiap penjuru dikebas. ada je lubang sebesar lubang jarum dekat penjuru dinding. rumah mereka la tu. rumah yang manis lagi penuh madu. apakah itu. eh aku benci. aku benci. eee bencinya! benci la mereka meraka ni. eeeee. what the Park Ji Young betul la. entah nama Korea mana aku tibai. maaf.

cerita pasal semut pun dah panjang. kes hari ni memang mencabar kesabaran aku. tak cerita pasal lalat lagi. itu lagi menyirap darah aku. pasal lalat nanti heh. haha pasal lalat pun boleh. sambung sambung. hari ni dia orang kan, semut tu la kan, ehh cirit betul. selamba badak je berderet culik makanan mak aku. culik pun boleh. makanan baru dibeli dalam sepuluh minit agaknya. baru la tu kan. baru je letak atas meja. baru je nak bagi tetamu makan. hari ni memang ramai tetamu terhormat datang. yelah ibu bapa tersayang aku baru balik dari haji. maka ramailah datang turun padang untuk bertemu ibu bapa tersayangku. sayang sayang sayang.

tengah melayan perasaan sambil basuh cawan pinggan piring semua. aku jenguk la sekejap makanan tu. lupa la nama makanan tu apa. ini la akibatnya banyak bunuh semut. ahaaaaaaaaaaaaaaaa. eh bukan. grrrrrrrrrrrrr. ketap ketap gigi. muka bersedia untuk kelihatan hodoh. hidung kembang bak hidung cow. tengok. kau tengok. ada semut dekat situ. banyak si eh al. aku apa lagi bunuh mereka la. ok dah habis. aku tahu cerita ni bosan. setuju tak? aku nampak kau angguk. ahaaaaaaaaaaaaaaaaaa ngantuk duh. (ngantuk bodoh). sebelum itu, rumah ibu bapa tersayang aku ni macam rumah serangga. beli lah astro esh-sye-ddi.tak pun biyonss. macam-macam ada. ok dah.


Sunday, November 6, 2011

Selamat Hari Raya Haji

Sengih braces dan Assalamualaikum.

Salam Aidiladha daripada saya, Nabilah Sawal. Raya Haji tahun ini tanpa mak abah. tunggu, jangan buat andaian bukan-bukan. mak abah saya pergi menunaikan rukun Islam kelima. syukur alhamdullilah. dah sebulan rasanya mak abah di sana. ya di tanah suci Makkah. mengerjakan Haji. semoga mak abah selamat sampai ke tanah air pada 23 November 2011 ni. amin.

*tak nak cakap panjang-panjang. nanti nanti rindu. lepas tu lepas tu menangis. hiksssssssssss.


Wednesday, September 28, 2011

markah addmath

Assalamualaikum.

syukur hari ini aku masih bernafas dan hari Rabu bosan. bosan dan bosan. aku pergi sekolah bosan. duduk terlentang dekat rumah berganda bosan. agaknya lah. padahal duduk rumah menghadap laptop, on internet dan memulakan misi di facebook. misi tahi. kalau tak menghadap laptop, tv menjadi mangsa. tapi bosan-bosan dekat sekolah aku masih tertawa melihat telatah kawan-kawan aku. ada yang comel. ada yang cool. ada yang hensem macam aku. ada yang lawak. ada yang teruja. bila ada yang teruja yang sebelah lagi muka mencuka. aku rasa aku dah hampir masuk tajuk. kau tak rasa? sila baca dari titik permulaan sehingga kau rasa. bukan rasa makanan. rasa perasaan itu. perasaan yang aku dah memulakan tajuk. haha siut ni.

dan jyeah hari ni aku dapat markah Matematik Tambahan. siapa yang tak teruja? aku la yang tak teruja tu. tengah sedap melayan lagu Korea yang didendangkan sendiri oleh empunya blog ini, tiba-tiba seorang manusia bertubuh ramping lengkap berbaju kurung berjalan masuk ke kelas kami sambil tangannya yang mulus memegang erat kertas misteri itu. sangat misteri sehingga sebahagian penduduk lima Akaun satu kelihatan teruja tak termasuk aku. aku hanya duduk bersandar di atas kerusi biru yang rapuh dan usang sambil menunggu nama Nabilah Sawal dipanggil keluar. aku yang tak teruja ni tiba-tiba bangkit. bangkit dengan gagah ke depan. ke meja cikgu. Alhamdullilah, aku lah antara pelajar lima Akaun satu yang tergolong dalam empat belas orang yang lulus itu. walaupun aku lulus aku sangat-sangat lah tak teruja. kenapa selalu tak teruja? aku rasa aku tak ada perasaan teruja tu. entah la. pedulilah dengan perasaan teruja. lebih utama dan penting sekarang adalah aku. maksud aku markah Matematik Tambahan aku dah lulus. markah lulus aku tidaklah segempak mana. setakat lulus ala-ala kadar buat apa. empat puluh lima peratus je. aku nak lapan puluh peratus yang dulu. ketika aku mula-mula mengenali isi hati subjek Matematik Tambahan. gila nikmat dapat lapan puluh untuk subjek Matematik Tambahan. kelihatan agak melampau bagi orang sekeliling aku yang tak puas hati. kau tahu tak sebab apa aku boleh capai lapan puluh? sebab hanya bab satu je yang masuk. peace.

*akaun tak gagal, addmath gagal. addmath tak gagal akaun gagal. babun seh.


Tuesday, September 27, 2011

trial spm habis

Assalamualaikum.

Selasa. hari ini hari Selasa. hari Selasa hari terakhir peperiksaan percubaan SPM. kertas Prinsip Perakaunan kertas yang terakhir. sebelum hari Selasa, hari Isnin. hari Isnin kertas Pendidikan Seni Visual. Aku nak bagi tahu yang aku merelakan akaun aku gagal. aku hanya memandang dengan hensem terhadap subjek seni. akaun langsung sikit tak pandang apatah lagi nak jeling gedik. maaf brohh. oh semalam kertas satu Pendidikan Seni Visual langsung aku hentam mati-mati walaupun masa tu aku jawab dengan muka serius dan hensem. sikit-sikit nak hensem. kertas dua aku pilih soalan yang aku rasa agak kacang dan sukar. lebih kurang lima puluh lima puluh. masa yang diberi tiga jam. lama tak lama. bagi aku memang tak cukup. satu saat yang aku rasa baru berlalu rupanya dah hampir satu jam. aku dah kata tiga jam tak cukup untuk aku. paling hebat bila budak seni yang lain sempat jalan-jalan teropong hasil lukisan orang lain termasuk mengintai lukisan aku. tak ke hairan. nanti SPM sebenar dibenarkan ke buat begini? jalan sana sini? ceh padahal aku sendiri pun mula terpengaruh. sambil mata menjengah cikgu di depan yang tengah selesa tidur, aku terus mengikut jejak yang lain. aku berjalan sana sini melihat hasil lukisan yang lain. ada yang 'wow' ada yang 'booo'. kejap, cikgu tadi dia mengelamun tak tidur pun. dua minit kemudian, aku sambung semula mewarna. makin lama makin cantik tiba-tiba makin lama makin buruk. wakluu la kan. sebab masa tinggal setengah jam. kau rasa macam sempat lagi. aku rasa tak sempat. masih banyak lagi celah-celah yang tak diwarnakan. masih kelihatan warna asli kertas lukisan. masa yang singkat ni buat aku gelabah. bila gelabah semua kerja rosak. bila rosak minta putus dengan teman lelaki. haha memang tak kelakar. masa hampir tamat. garisan akhir yang kabur-kabur makin kelihatan. aku makin naik gila. lagi gila bila dah macam sampah hasil lukisan aku. keji tak keji aku gelar itu sampah. itu lah padahnya tak pernah berlatih merwarna menggunakan warna air. bukan jarang nak berlatih tapi tak pernah. hidup tak sistematik langsung. hari-hari balik sekolah terus berfesbuk. aku sedar tu bukan tak sedar tapi ada yang terus menggoda aku untuk berfesbuk. siapa kaki goda tersebut kau fikir sendiri. dan akhirnya lukisan aku siap dengan perasaan tidak puas hati. aku benci perasaan tu. kita tunggu dan lihat keputusan markah lukisan yang dihasilkan oleh aku itu. yakin hampeh. mak beli cili sos, adios.

*sikap pemalas aku semakin parah sejak dewasa ni. dewasa lah kononnya.


Saturday, September 24, 2011

kawan yang 'sejuk'

kawan yang 'sejuk' akan mencari tishu apabila kawannya sedang menangis sambil hingus meleleh melekat dekat kertas peperiksaan.

maksud aku begini. dipendekkan cerita. keadaan di dalam kelas.

kawan A sedang memujuk kawan B. "weh kau kenapa ni?"

"tak ada apa. aku nak tishu je." kawan B balas sambil menekup mukanya di atas meja yang penuh dengan kertas termasuklah kertas peperiksaan itu.

".........................................." *maaf aku tak ingat keseluruhan cerita.

minit ke berapa entah telah hilang dek dimakan masa.

dalam hati kawan B "mana?mana tishu?aku perlukan tishu. tak ada siapa nak carikan ke. kalau tak ada pun, tolong la beli dekat koperasi. kalau aku adalah kau, aku dah lama kejar ke koperasi nak beli tishu."

hampir satu jam telah berlalu mungkin. 

"mampus hingus aku dah banyak melekat dekat kertas ni. tolong la aku perlukan tishu. malu bodoh nak angkat muka dengan keadaan macam ni." kawan B berbisik sendirian.

waktu rehat telah tiba.

akhirnya semua mengangkat kaki ke kantin dan tiada siapa yang menghulurkan bantuan. bantuan tishu itu. tinggallah si kawan B seorang diri lalu dia mengambil kesempatan ini dengan mengesat hidungnya dengan menggunakan lengan baju. alangkah nikmatnya.

lima minit kemudian. kedengaran seretan-seretan kasut sekolah yang kononnya putih lagi suci melepasi pintu kelas kawan B. menandakan rakan sekelas kawan B telah tamat berjuang menempuh pelbagai rintangan untuk merebut membeli makanan di kantin sekolah.

"yes nasib baik aku sempat kesat hingus tadi." kawan B terasa bangga dalam hati.

apa yang nak dibanggakan entah tetapi jauh di dalam lubuk hatinya, kawan B masih memikirkan perihal tishu walaupun kes hingusnya sudah selesai. telah selamat dikunci kesnya. dengan bantuan lengan baju. ye terima kasih lengan baju. 

walaupun begitu, kawan B tahu bahawa lengan baju terasa seksa ya amat pabila hingus itu mengalir melekit di atas badannya. maaf lengan baju kerana berasa geli. 

maka the end lah cerita ini.

*kisah benar 23092011.



Tuesday, September 20, 2011

terbukti bodoh

Ini sepatutnya entry semalam. jadi, anggaplah hari ini hari Isnin.

Assalamualaikum. hari ni aku tak tahu hari ke berapa aku menduduki peperiksaan percubaan SPM. peduli apa dan hari ni hari yang paling malang sekali sepanjang aku menduduki peperiksaan. terasa diri ni memang bodoh. kau tahu tak bodoh? kalau tak tahu maknanya kau bodoh. jangan nak terasa. aku tak pernah terduga benda ni jadi dekat aku. lansung tak. tak terlintas dekat fikiran mahupun melintas jalan. k gurau je. aku rasa macam nak menangis kau tahu. sebenarnya memang dah menangis. aku menangis ayu-ayu sambil menekup muka. kalau boleh nak meraung-raung tapi nanti malu la muka aku yang hensem ni. benda malang ni berlaku selepas aku menjawab kertas peperiksaan Sains satu. ye kertas satu. soalan objektif yang kau suka jawab tembak-tembak tu. tuan punya kandang KONUTA ni pun dua kali lima bahagi lima kali dua suka jawab macam tu. nampak sangat la setuupid.

tengah syiokkk bulat-bulatkan jawapan, akhirnya aku tiba di perhentian terakhir iaitu soalan terakhir. hihi. aku dengan gelabah terus tengok jam yang tengah seronok bergayut dekat dinding. pehh banyak lagi masa. lagi setengah jam. tiba-tiba terasa diri macam hakim yang bijaksana. boleh la aku semak balik soalan yang aku tak pasti jawapannya. semak punya semak, eh tinggal lagi tiga minit je dan tettttt satu jam lima minit yang berharga telah berlalu pergi dengan jelingan kejam. aku pun menghantar kertas jawapan bertindihkan kertas soalan dengan keyakinan yang tinggi. memang tak boleh nak blah la yang aku yakin. lepas hantar kertas Sains ni la benda malang tu berlaku. rasa camtakbest nak cerita sebab memang terbukti kebodohan aku dekat situ. orang kata tak baik cakap diri sendiri bodoh tapi memang terserlah kot kebodohan tu. kalau ada budak sombong pandai dekat situ memang terus tunding jari dekat aku sambil cakap, jap gelak dulu " hahaha dasar bodoh". aku cakap kalau. nasib baik tak ada. kawan sekelas aku, Fadhilah Comot pun terkejut. tak pernah terjadi. sekarang nahhhhhhh dah kena memang tak boleh nak patah balik. hidup ni bukan ada button backspace. alangkah tak indahnya hari Isnin aku yang bertarikhkan 19092011. tidak begitu menawan tarikhnya. mungkin ini ada kaitan dengan benda malang yang berlaku tu. kurang asam, suka hati aku tuduh tarikh. dan kertas Sains dua agak payah. aku rasa kertas dua tak dapat cover benda malang tu. ahhhhhhhhhhhhhh!

aku dah fikir masak-masak tak jadi cerita benda malang tu tapi aku dah fikir nak masak air. k gurau lagi. biarlah benda malang tu hanya aku dan rakan sekelas aku je yang tahu. biarlah benda malang tu terkubur dengan sendirinya. biarlah benda malang tu hilang tanpa jejak. biarlah dan biarlah. kalau nak tahu tegur la iteww dekat laman mukabuku. haha cambangang. oh nanti aku dah berumur duwopuloh ke atas, aku nak baca balik entry ni. aku nak gelak dekat diri sendiri. aku rasa masa tu memang aku terbukti bodoh. makan keuw teow dengan sudu, gua chow dulu. bai.

maaf banyak perkataan bodoh. biarlah, macam kau tak pernah cakap.

*hari ini hidup malang, esok pulang cemerlang, gemilang, terbilang*




Saturday, August 27, 2011

Kad Raya


Assalamualaikum kepada anda. ye anda yang sedang membaca blog saya terutama sekali kepada kak Azah Skaliskala. hehe.

WOH! saya rasa macam teruja amatlah sangat. sangat se-sangat-nya-lah! rasa nak main pop-pop dengan anak kecil jiran sebelah. rasa nak main bunga api dengan kakak manis. rasa nak main mercun dengan abang hensem. rasa nak masak rendang daging dengan nenek comel dekat kampung. rasa macam nak main kejar-kejar dengan anak sedara. rasa nak tidur ramai-ramai dengan sepupu sepapat dekat kampung sebab nanti saya boleh menunjukkan kehebatan kungfu saya semasa tidur dan aksi tiga-ratus-enam-puluh darjah. walahhh macam cool je dengar.

bukan tu je. saya rasa nak menang giveaways kad raya daripada Kak Azah. saya nak sangat kad raya tu. nak tahu tak sebab apa? tengoklah gambar dekat bawah ni. comel kan kan kan.

sila click gambar untuk info lebih lanjut

sempena raya dah nak dekat ni kan. Kak Azah ada buat giveaways kad raya untuk sesiapa yang nak join. saya salah seorang yang dah join giveaways kad raya ni. saya harap saya dapat. peluang nak menang mungkin tipis sebab para pemenang akan dipilih menggunakan random.org. serius saya nak sangat kad raya ni. saya nak kumpul giveaways Kak Azah. hehe. kalau saya tak dapat saya nak mengadu dekat mak saya. manja tak? hahahaha. so yeah, tunggu apa lagi. jom la join. kalau dapat alhamdullilah. kalau tak dapat buat apa? ye mengadu dekat mak. lol. oh, tarikh akhir sebelum hari raya pertama. jadi cepat-cepat join k. tak nak join pun tak apa, senang sikit saya nak menang. kah kah kuangsam aku.

dan dan akhir sekali, saya nak bagi ucapan hari raya. sikit tak banyak.

ehem. Saya Nabilah Binti Sawal yang berumur tujuh belas tahun di mana saya akan menduduki percubaan SPM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam di seluruh dunia. dan juga kepada kawan-kawan saya yang cantik dan hensem tu. dan paling penting sekali kepada mak abah saya, abang saya yang perasan macam Anuar Zain tu, kakak ipar saya yang sweet dan dua orang kakak saya. tak dilupakan jugak kepada Kak Azah la kan. hehe. segala kesalahan silalah diampunkan. sama-sama kita bermaaf-maafan. ambil yang jernih buang yang keruh. semoga raya tahun ini lebih meriah dan lebih bermakna. sekian, terima kasih.



Sunday, August 21, 2011

Sweettwinz 1st GiveAway



saya ada join Sweettwinz 1st GiveAway. hihi. comel kan hadiah dia? auw auw.

nak tahu lebih lanjut, jom kita melawat ke sini :

Sweettwinz's Blog 
Sweettwinz's Facebook









Saturday, August 20, 2011

Block B's Zico

Assalammualaikum and yo wasap. You know Zico? No? let's check this out.


Hye saya Zico yang berambut unik.


Role: Leader, rapper, Junhyung and GD wannabe
Real Name: Woo Jiho (우지호)
Birthday: 14 September 1992 (19)
Birthplace: Mapo, Seoul
Siblings: Woo Taewoon (Co-Ed)
Height: 182cm
Weight: 65kg


FACTS
- Used to be an SM. Trainee.
- Was upposed to be a part of SHINee, got kicked out by Minho.
- Released a mixtape in 2010 titled ZICO on the Block which contains 19 tracks feat. other hip hop artists; Park Kyung [Block B], Andup, 최음제, Han Hae, Mino, Uglyduck, and Gganmo (blockbintl.tumblr.com)


*muka Minho boleh buat perempuan cair memang la Zico kena tendang.


Maklumat tambahan yang saya jumpai di sini :


Experience: participated in lyric making, rap in Harmonics digital single [The Letter],
participated in lyric making, rap in ChoPD [Victory] 한국힙합에 바란다,
participated in lyric making, rap in ChoPD VS Verbal Jint [2 The Hard Way] 종의 기원, Map Music,
participated in lyric making, rap in Jung Seulgi [결국 제자리] 보란듯이,
participated in a rap session in IU “Marshmallow”,
participated in lyric making, rap in Jung Seulgi [주변인],
participated in rap in Bizniz [Ego] Hero Music,
participated in lyric making, rap in Miss S’s mini album [Miss independent] it’s not over,
participated in lyric making, rap in Faddy Robot [Foundation vol 1],
Mixtape vol.1 [Zico on the Block],
participated in Mnet’s Aura Concert,
helped produce Block B 1st single album [Do You Wanna B?].


Excited? Jom tengok ni :


I fall in love with :

Mic Swagger 21 편 Block B - saya tengok Zico je. hihi


Zico and Beast's Yong Jun Hyung a.k.a Popping Dragon look freaky alike.
mungkin sebab style rambut.



                             Yong Jun Hyung                                    Zico

mereka juga berkabolarasi dengan orang yang sama iaitu Hyuna [4 Minute]


                         Hyuna ft. Junhyung                     Hyuna ft. Zico

saya nak cerita sikit. kalau anda geli, bacalah sambil tutup mata : 

Pertama kali saya melihat Zico, saya termenung seketika. kemudian saya meneliti setiap bucu mukanya. oh tak lain tak bukan memang mukanya seakan-akan Junhyung. dan tiba-tiba air mata saya mengalir kerana teringatkan Junhyung yang dah berpakwe kepada Goo Hara [Kara] hahaha k tipu tak nangis. jadi, Zico bagaikan menggantikan Junhyung dalam hidup saya. dan di situ lah saya mula meminati dia dan melupakan Junhyung serta-merta. kahkah tidak sama sekali. saya tidak akan melupakan Junhyung. Junhyung merupakan rapper yang saya minati selain Top & GD [Big bang], Baro (B1A4) dan sesiapa yang seangkatan dengan mereka. oh sebelum tu, saya mula meminati Zico bukan kerana mukanya seiras dengan Junhyung tetapi sebab *fikir sejenak...dua jam lima minit tiga saat telah berlalu. Ok hati saya tak nak bagi tahu sebabnya. saya rasa anda tahu apa sebabnya jika anda telah melihat/mendengar cara Zico ber-rap. mungkin dari segi perspektif saya, cara Zico ber-rap nampak cambest. mungkin bagi anda sekalian pulerrr-nya la kan, camtakbest. tak mengapa, pendapat setiap orang kan lain-lain. macam peribahasa setengah palsu ini, Zico dan Junhyung muka seiras, hati masing-masing berlainan. 


SEMOGA Junhyung dan Goo Hara BERKAHWIN.
*ramai pelajar di Korea 'menderita' kerana mereka berdua berkapel. negara lain tak tahu la pula.



the latest Zico's hair. much better. 

nak tahu lebih lanjut mengenai Zico sebab dah minat? carilah sendiri. usaha itu tangga kejayaan. 



Monday, August 8, 2011

Tingkap

ini entry macam syok sendiri.

Assalammualaikum dan selamat sejahtera.

ye tingkap. hari ni saya nak menerangkan apa itu tingkap. tetapi sebelum itu saya ingin menyoal anda dengan romantik. soalan saya entah apa-apa je. ok kita mulakan.

1. adakah anda rasa tingkap itu hanya untuk melihat keadaan di luar?
2. adakah anda rasa tingkap itu hanya untuk menge-spy seseorang yang tiba-tiba lalu di depan rumah anda? *kot-kot yang lalu tu Logan Lerman ke. ohmaigoat!
3. adakah anda rasa tingkap itu hanya untuk mengambil angin segar di pagi hari?
4. adakah anda rasa tingkap itu hanya untuk anda main dengan membuka dan menutup tingkap itu? *ni namanya kerja sambilan di rumah.pernah terjadi kepada saya.
5. adakah anda rasa tingkap itu hanya ________________________? *konfem kau tak boleh jawab punya.

ok dah jawab belum? jawapan anda amatlah saya hargai sampai bila-bila.muah muah. *tetiba.

oh ye, mengikut sumber yang saya perolehi. *sambil membuka kamus pelajar cetakan kedua belas hehehe. tingkap bermaksud lubang angin di dinding rumah ( terdiri daripada berbagai-bagai bentuk) yang dapat dibuka dan ditutup. hm cuba anda bayangkan tingkap tu tidak boleh dibuka dan ditutup oleh sebab tingkap tersebut hanya berfungsi sebagai hiasan rumah. tak ke takde udara yang masuk? nak mam___ ke takde oksigen? *lek lu bro, pintu rumah ada, selai-lin-dor ada. ok apa-apa jela. yang pentingnya saya nak memberitahu anda apakah fungsi tingkap kepada diri saya yang hensem ni. muahahahaha ok tak hensem.

yang pertama, jeng jeng jeng. haha ok babai. kita sambung esok.

bengang tak bengang tak? padan muka. dan sebenarnya soalan kelima memang takde sebabnya takde sebab. so yeah, sampai kita bertemu lagi dalam episod kedua tentang apa?! ye tingkap! pada hari dan waktu yang lain iaitu esok tak pun lusa tak pun tulat tak pun bila-bila pun suka hati aku la. kakak tak hensem chow dulu.

*aah memang syok sendiri. 




Wednesday, August 3, 2011

pendek je tak panjang

sawah di cup.

Assalammualaikum. apa lagi sila jawab. terima kasih dan selamat malam. zzz.



khas kepada Shaheizy Sam tercinta. puih perasan



Tuesday, August 2, 2011

satu kisah tak kelakar





"Angggggg~"





"Baro, kau buat apa?"


"HAHA"



"tak kelakar la bodoh"

-..-

*ini bukan satu lawak dan memang tak lawak pun tapi tapi aku tahu kau ada sengih sikit-sikit sebab kau minat  mamat-mamat dekat atas ni kan. meowwwwwww :3



Monday, August 1, 2011

TER-korek.


*semalam  (31072011)

Assalammualaikum. Saya Nabilah Binti Sawal Bin Alif ingin mengucapkan Selamat Menyambut  Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam di seluruh dunia. saya amat sangat begitu bersyukur sebab dapat berpuasa lagi pada tahun ini bersama keluarga tersayang dan tercomel. yeah lepastu raya. lepas raya apa? TRIAL SPM. wakluuu. 

Nampak tak yang atas tu? atas sekali tu. yang "SAYA NAK KOREK HIDUNG PUAS-PUAS". saya rasa kan, dalam banyak-banyak status saya dekat Facebook, status tu la paling hangat. duwopuloh yang like. mak aihh suka pulak kan. *hek eleh 20 je pun, bukan 200. ala kau memang hangat,boleh la 200 kan. sebenarnya masa tu kan saya tengah semangat nak reka ucapan cambest camgempak camcool. yela semua orang sibuk dok ucap selamat berpuasa semua tu kan. saya reka ayat sambil baca buku ekonomi asas auw. mana tak hensem kan? ok akhirnya saya gagal mencipta ucapan yang cambest. sambil sengeh-sengeh, sambil jari telunjuk dah bersedia memasuki kawasan yang agak gelap dimana mempunyai dua lubang di situ. anda boleh pilih mengikut cita rasa anda. kalau saya, mana-mana pun boleh. dan dan STOP. ok tak jadi korek hidung,jari telunjuk terus bergerak pantas menekan button "S" dan seterusnya "A" dan  seterus seterusnya. maka tercipta lah ayat itu ""SAYA NAK KOREK HIDUNG PUAS-PUAS". 

amacam? adakah anda rasa cerita saya kali ini agak kebabom dan boleh muncul di rancangan "STRONG HEART - channel S.one/SBS" ?  ok maaf jangan la menyampah. *siapa yang tahu rancangan korea tu sila berhidung tinggi. kahkah. ok sekian terima kasih dan jangan korek hidung secara sengaja di siang hari kerana anda sedang berpuasa, kalau tidak, batal lah puasa anda itu.

*oh tajuk entry tu, saya ter-korek hidung harini.sikit ah,sikit je. tak batal kan? TER kan? takpe kan? ala : |



Tuesday, June 7, 2011

Assalammualaikum. Anyonghaseyo jual sayo saranghaerul gigi comel macam kita, puipui. #ehtaksukaerulke?blahlerlu.

Err nak cerita apa ni? *fikirfikir. pfft otak aku macam tak berfungsi. dah la, memang aku ni dasar tak ada cerita menarik - -' takpe, janji blog ni aku dah update sikit. ok tu je hihi meow :3


Saturday, March 26, 2011

Semangat Merentas Desa.

Ehem, Assalammualaikum. hari ini wa pegi masuk pertandingan melentas itu desa. wa rasa begitu menyelonokkan ah. wa manyak enjoy mensekodeng junior junior. eh? bukan. wa lari la, lari di jalan laya bersama teman wa. itu haa, kalau diberi kebenaran kan, wa mau saja lari sama teman lelaki. meowww. manyak gatal itu kucing ha. lu la tu. peace.

lu orang nak tahu tak, wa dapat number berapa ha? kehkeh lapan campur satu darab dua. maaf la, wa tarak ada manyak energy. ketika itu ha, kaki wa rasa macam sudah tercabut. jadi, wa ter-jalan di jalan itu. berhati hati di jalan laya, nanti mam.. eh eh eh kasihan. hey wa jalan manyak pantas jugak wo. kalau idok, takdonya den dapat nombor satu lapen.  mawunya dapat lapen satu.

jalan lari jalan lari jalan lari. potong orang, orang potong, potong orang, orang potong, potong tut tut, orang potong. hoi, hehehe. jalan lari jalan lari jalan lagi. ketika wa jalan lenggang lenggok ha, tiba tiba hati wa berkobar kobar begitu tinggi. apa pasai ha? wa nampak dua olang boy *tiut. diolang ha tunggang fixie. satu boy punya fixie kaler biru menyala nyala. satu lagi wa tak ingat ah sebab semalam wa sengaja minum air seratus plus ada semut. k wa suka bohong. apa lagi, wa pun tarik gear seribu, fuhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh. laju duh. semata mata nak kejar alah ada dua tayar langsing tu. ke nak kejar budaks tu? ngehh. dah cukup.

haiyaa asyik mata wa yang tadi sudah menghala ke arah itu fixie, rupanya wa sudah mau sampai sekolah ter-kesayangan wa. huee. wa pecutttttttttttttttttttttttttttttt lagi. wa sudah melepasi pagar sekolah yang karat macam rambut misai yu owlsss tue. wa pecut lagi. huyoo mata wa sudah ternampak itu garisan akhir. tetapi apakan daya, cewahh. wa punya kaki sudah rasa macam tercabut semula. jadi wa pun jalan lenggang lenggok lagi. eh eh wa nampak guru lelaki memegang camera besar di tepi itu, wa pun buat buat gaya larian ala ala nabilahsawal. weh nama wa tu. konon wa mahu cikgu menangkap satu gambar wa sedang berlari dengan bersemangett. padahal haa, wa ingat mau jalan saje sampai garisan akhir itu. atoiiihaii.

lepas two tiga, wa sudah dapat itu number lah.  number dua tambah enam darab tiga itu. wa sangka number tiga tau. atoiihaii. wa baru mau rasa macam mana ha seseorang itu berasa bangga. wa tak pernah rasa tau. yeke? lalala. dan wa rasa badan wa mau jatuh ke bumi yang nyata. tetapi haa, wa ter-usharr junior junior lagi. jadi wa tidak lagi rasa mahu terjatuh lorh. hueee gatai nohh. wa cakap lu yang gatai, bukan wa. wa dapat menahan lagi. giloh. k bai.







*budak budak kencing berlari, jom belanja saya mcflurry <3


Saturday, March 5, 2011

Ujian Selaras Satu 2011.




*abaikan 5 Akaun 1.

Nampak nampak, aku ujian ah minggu depan. Nampak nampak, aku tidak boleh lagi membuka fesbuk. Nampak nampak, ada underline warna merah gitu pada sesetengah subjek. Kau rasa agak agak kenapa ye. Siapa tak nampak, meh sini saya bedah mata awak k. Saya kan nak jadi akauntan. haa?

Pfft, dengar macam kacang gila kan selaras satu. Bagi aku kan kan, hehehehehe *sengih. Mula je hari Isnin, Addmath! Hamboii, ce to lakanya, tahu la nak kasi aku cuak. Berkesann betul bagi kaki gelabah macam..er aku. hikk :D

dan sebenarnya sepatutnya seharusnya aku amik sembilan subjek je. Tiba tiba tertukar menjadi sepuluh subjek. Fuyohhhhhhh. Ni nak story sikit ni, ada ah suatu hari tu, otomen dtg. Otomen pun memberi nasihat yang buat aku tertarik dengan kekacakannya. Dia cakap " #$%^&*&^%$#$%^&* ". Aku faham weh dia cakap apa. Aku faham gila sampai aku teringin nak tambah subjek PENDIDIKAN SENI VISUAL, lalu berubah la dari sembilan ke sepuluh subjek. mana tak hebat kan, sebab tu aku cerita.

" #$%^&*&^%$#$%^&* ". <--- "ahh tidakk! hasiutnya, apa yang dia cakappp!". - pembaca blog.

Haaaaaaaaaaaaaaaa part ni gempak. Lepas ujian kan cuti seminggu. Fuh fuh, aku tak happy lansung k. Hari isnin iaitu 140311, aku ada exam lain. HA HA HA kelakar tak kelakar la kan. Rasa macam nak pergi ''Bank", dan melaburkan benda benda sepatutnya. Ahh nikmatnya hidup, lega kau tahu . Oh yee siapa yang tahu aku exam apa, maksudnya dia prihatin pasal aku. ewahh terharunya aii. k k aku rasa aku dah berubah jadi rajin tadi, so yeahh aku nak pergi baca buku addmath agama islam.


GOOD LUCK TO ME!
Do the best and be the best.









* banyak merepek? haha tak sangka pulak kau perasan.







Sunday, February 27, 2011

Otak Kosong.

Faham ke tak tajuk entry? Faham tak? TAK? Kenapa? Kenapa tak faham haa? Kenapa haa? k bai saya merajuk happy gila ah tak tahu nak update apa - -'



* Bukak blog tutup blog, goblok.


Sunday, February 13, 2011

BACA SINI

Assalammualaikum dan selamat sejahtera. Pada hari ini, saya ingin maklumkan bahawa cik Nabilah Sawal atau lebih dikenali dengan nama sekian sekian sekian telah membina satu blog yang digelar KOTAK PENUH KATA / KONUTA.peace.

Oleh sebab saya baru sahaja membuang masa selama hampir TIGA hari untuk membina blog ini, keadaan blog ini tidaklah se-gempak anda punya blog. Oleh itu, sila beri tunjuk ajar lah kann hehe. Fes time saya melangkah ke sini, " Hoi apa ni?! apa ni apa ni?!". Maksudnya di situ, otak saya mencapai level ZERO kerana sedikit pun saya tak faham.

Sebab - sebab saya membina blog ini :
*drum drum.

1. Ceh semua dah ada blog, aku pun nak buat.
2. Hamboi semua blog lawa, aku pun nak belajar edit edit menatang nih.
3. Wah belambaknya kontes, aku pun nak masuk kasi kalah menang ^oo^
4. Cis lazatnya maki orang dekat blog, aku pun nak try maki orang cara sopan *ok tipu.
5. ahjditeycksjncxugjxnkanxusnjn.

Sekian, terima kasih.






*Addmath saya sangat Low, Mari folLow. *ewahh.