ini entry macam syok sendiri.
Assalammualaikum dan selamat sejahtera.
ye tingkap. hari ni saya nak menerangkan apa itu tingkap. tetapi sebelum itu saya ingin menyoal anda dengan romantik. soalan saya entah apa-apa je. ok kita mulakan.
1. adakah anda rasa tingkap itu hanya untuk melihat keadaan di luar?
2. adakah anda rasa tingkap itu hanya untuk menge-spy seseorang yang tiba-tiba lalu di depan rumah anda? *kot-kot yang lalu tu Logan Lerman ke. ohmaigoat!
3. adakah anda rasa tingkap itu hanya untuk mengambil angin segar di pagi hari?
4. adakah anda rasa tingkap itu hanya untuk anda main dengan membuka dan menutup tingkap itu? *ni namanya kerja sambilan di rumah.pernah terjadi kepada saya.
5. adakah anda rasa tingkap itu hanya ________________________? *konfem kau tak boleh jawab punya.
ok dah jawab belum? jawapan anda amatlah saya hargai sampai bila-bila.muah muah. *tetiba.
oh ye, mengikut sumber yang saya perolehi. *sambil membuka kamus pelajar cetakan kedua belas hehehe. tingkap bermaksud lubang angin di dinding rumah ( terdiri daripada berbagai-bagai bentuk) yang dapat dibuka dan ditutup. hm cuba anda bayangkan tingkap tu tidak boleh dibuka dan ditutup oleh sebab tingkap tersebut hanya berfungsi sebagai hiasan rumah. tak ke takde udara yang masuk? nak mam___ ke takde oksigen? *lek lu bro, pintu rumah ada, selai-lin-dor ada. ok apa-apa jela. yang pentingnya saya nak memberitahu anda apakah fungsi tingkap kepada diri saya yang hensem ni. muahahahaha ok tak hensem.
yang pertama, jeng jeng jeng. haha ok babai. kita sambung esok.
bengang tak bengang tak? padan muka. dan sebenarnya soalan kelima memang takde sebabnya takde sebab. so yeah, sampai kita bertemu lagi dalam episod kedua tentang apa?! ye tingkap! pada hari dan waktu yang lain iaitu esok tak pun lusa tak pun tulat tak pun bila-bila pun suka hati aku la. kakak tak hensem chow dulu.
*aah memang syok sendiri.
No comments:
Post a Comment