Tuesday, December 13, 2011

vroom vroom bunyi kereta

Assalamualaikum saudara dan saudari. telah lama kita tidak bertentang mata. makanya, hari ini marilah baca cerita ini. bila kau baca, timbullah perasaan cinta. tuih apa ni.

setelah sekian lamanya aku menunggu saat manis itu. akhirnya, tiba jua. ewah ewah. lagi pula, hari ini sungguh cool tarikhnya. 13/12/11. susunan yang menarik. susunan menurun. tarikh yang aku akan cuba ingat pabila aku mengambil lesen kereta nanti. ye, akan cuba ingat. aku mudah lupa. eh maklum ah, usia makin meningkat tetapi perangai masih kekal seperti budak tadika yang selalu seluar koyak tengah. aku la tu. biarlah. mari kita undur ke 'menunggu saat manis'. jyeah, aku dah belajar memandu kereta hari ini buat julung kalinya. itulah saat manisnya. tahulah dalam kalangan kau orang ni, dari tingkatan satu pun dah tahu pandu kereta. tidak usah ler nak hidung tinggi macam _ _ _ _ sangat. tahu ah aku baru belajar kan kan kan. halamak kau. halamakkk. halamakkk. makk. oh mak. ye, mak aku yang ajar. omma, xie xie. mak, terima kasih. itu tadi ada campur bahasa Korea sama bahasa Cina sekali bahasa Melayu. haha apa-apa sahajalah.

ini perlu kasi tahu ni. tapi waktu kau orang memandu buat pertama kali kan, pasti ada je yang macam gelabah ke macam nak terkencing ke macam nak terberak pun ada ke macam nak korek hidung ke macam nak garu kaki atau ketiak ke macam menggeletar ke? ada tak ada tak? pasti ada punya ma. gua kasi konfem ma. pasti ada hoi. pasti pasti. pasta pasti ada juga. dan nak tahu apa keadaan aku pabila pertama kali memandu? bukan apa pun. aku cuma gelak. bukan gelak suka-suka. ini gelak macam ada sesuatu yang benar-benar lawak dan kelakar serta menggelikan hati. bukan hati je geli, tapak kaki aku geli juga masa nak tekan padel. gatal bodoh. mak aku sampai sound "hoi jangan gelak boleh tak?kau ingat ini megatron mega mentega lawak king kong ke belajar memandu ni?" haha percaya pulak kau. mak aku tegur baik-baiklah. aku pulak balas "nak elak nebes ah mak". tapi sebenarnya aku gelak sebab kelakar. kelakar weh dapat belajar memandu kereta ni. kau tak rasa kelakar ke? mungkin kelakar sebab tapak kaki aku geli. ada semut lalu kot dekat tapak kaki aku. tahulah harum bak bunga tahi ayam. sayang kau semut, esok kita tunang. duh.

lepas mak ajar ini apa itu apa ini macam mana itu macam mana, natijahnya dapatlah juga aku pusing-pusing dekat kawasan perumahan blok tiga aku ni. belum keluar jauh lagi. nak belok simpang pun terhegeh-hegeh. mahu kena langgar kalau buat dekat jalan besar. terhegeh-hegeh tu sebab nak tukar kelaj. lantak ah. aku tak tahu eja. lebih kurang begitulah sebutannya. pusing kepala aku mana satu nak tekan kelaj, tekan brek, tekan minyak dan semua-semualah. itu kalau manual. auto, kauuuu siapa-siapa pun boleh. macam kereta mainan. tapi lama-lama insyaallah dah biasa nanti tak pening dah kalau manual. dah pro ek ek? ahaaaaaaaaaa. esok nak belajar lagi dengan mak kita. mak kita best. kalau dengan abah kita, erm kurang sikit. padahal takut sebab garang. boooo boooo. walaupun abah kita yang ajak dulu belajar memandu kereta ni. alaaaa abah, i love you lah. mak, i love you too lah. kakak, tak i love you lah sebab malas nak ajar. muahahaha gurau je. sayang semua. ok dah habis. jom tepuk untuk aku. pok pok bujang lapok, ketiak lapok. ketiak lagi. dah bye.

*aku dapat bonus, tangan bertambah gelap. panas terik woh pagi tadi. gelap pun kacak juga kan.


No comments:

Post a Comment