*semalam (31072011)
Assalammualaikum. Saya Nabilah Binti Sawal Bin Alif ingin mengucapkan Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak kepada semua umat Islam di seluruh dunia. saya amat sangat begitu bersyukur sebab dapat berpuasa lagi pada tahun ini bersama keluarga tersayang dan tercomel. yeah lepastu raya. lepas raya apa? TRIAL SPM. wakluuu.
Nampak tak yang atas tu? atas sekali tu. yang "SAYA NAK KOREK HIDUNG PUAS-PUAS". saya rasa kan, dalam banyak-banyak status saya dekat Facebook, status tu la paling hangat. duwopuloh yang like. mak aihh suka pulak kan. *hek eleh 20 je pun, bukan 200. ala kau memang hangat,boleh la 200 kan. sebenarnya masa tu kan saya tengah semangat nak reka ucapan cambest camgempak camcool. yela semua orang sibuk dok ucap selamat berpuasa semua tu kan. saya reka ayat sambil baca buku ekonomi asas auw. mana tak hensem kan? ok akhirnya saya gagal mencipta ucapan yang cambest. sambil sengeh-sengeh, sambil jari telunjuk dah bersedia memasuki kawasan yang agak gelap dimana mempunyai dua lubang di situ. anda boleh pilih mengikut cita rasa anda. kalau saya, mana-mana pun boleh. dan dan STOP. ok tak jadi korek hidung,jari telunjuk terus bergerak pantas menekan button "S" dan seterusnya "A" dan seterus seterusnya. maka tercipta lah ayat itu ""SAYA NAK KOREK HIDUNG PUAS-PUAS".
amacam? adakah anda rasa cerita saya kali ini agak kebabom dan boleh muncul di rancangan "STRONG HEART - channel S.one/SBS" ? ok maaf jangan la menyampah. *siapa yang tahu rancangan korea tu sila berhidung tinggi. kahkah. ok sekian terima kasih dan jangan korek hidung secara sengaja di siang hari kerana anda sedang berpuasa, kalau tidak, batal lah puasa anda itu.
*oh tajuk entry tu, saya ter-korek hidung harini.sikit ah,sikit je. tak batal kan? TER kan? takpe kan? ala : |
No comments:
Post a Comment