Assalamualaikum kepada anda. ye anda yang sedang membaca blog saya terutama sekali kepada kak Azah Skaliskala. hehe.
WOH! saya rasa macam teruja amatlah sangat. sangat se-sangat-nya-lah! rasa nak main pop-pop dengan anak kecil jiran sebelah. rasa nak main bunga api dengan kakak manis. rasa nak main mercun dengan abang hensem. rasa nak masak rendang daging dengan nenek comel dekat kampung. rasa macam nak main kejar-kejar dengan anak sedara. rasa nak tidur ramai-ramai dengan sepupu sepapat dekat kampung sebab nanti saya boleh menunjukkan kehebatan kungfu saya semasa tidur dan aksi tiga-ratus-enam-puluh darjah. walahhh macam cool je dengar.
bukan tu je. saya rasa nak menang giveaways kad raya daripada Kak Azah. saya nak sangat kad raya tu. nak tahu tak sebab apa? tengoklah gambar dekat bawah ni. comel kan kan kan.
sila click gambar untuk info lebih lanjut
dan dan akhir sekali, saya nak bagi ucapan hari raya. sikit tak banyak.
ehem. Saya Nabilah Binti Sawal yang berumur tujuh belas tahun di mana saya akan menduduki percubaan SPM ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir dan Batin kepada semua umat Islam di seluruh dunia. dan juga kepada kawan-kawan saya yang cantik dan hensem tu. dan paling penting sekali kepada mak abah saya, abang saya yang perasan macam Anuar Zain tu, kakak ipar saya yang sweet dan dua orang kakak saya. tak dilupakan jugak kepada Kak Azah la kan. hehe. segala kesalahan silalah diampunkan. sama-sama kita bermaaf-maafan. ambil yang jernih buang yang keruh. semoga raya tahun ini lebih meriah dan lebih bermakna. sekian, terima kasih.
Hi Nabilah, thank you for joining my giveaway Kad raya. Selamat hari raya Maaf zahir batin.
ReplyDeletejangan lupa check result pagi raya yea :)