Thursday, December 29, 2011

empat puluh sembilan per lima puluh

Assalamualaikum dan tahniah. apa yang tiba-tiba tahniah ni? mai ler baca dulu, baru tahu.

itu hari kan. hari tu kan. 28 Disember 2011. hari Rabu tak silap aku. padahal baru semalam. aku dah lulus dah. lulus SPM weh. SPM. haa kau SPM. SPM. SPM. SPM. SPM. SPM. tahu nampak sangat bohongnya. aku lulus ujian undang-undang jalan raya. nak gelar ujian komputer pun boleh. maksudnya ujian undang-undang tu kau pakai komputer. kau tahu komputer?  haa macam bawah ni.


tadaaa.  pilih la nak jawapan A ke B ke C ke D. E pun boleh.

perasaan aku sewaktu menduduki ujian undang-undang ni, phewww nebes. serius aku cakap. tak tipu punya. menggeletar tangan. nak kawal tetikus pun payah. dah pulak sejuk dalam bilik tu. dah pulak musim salji. ah memang bertambah sejuk. gegel tahu. gegel. maksud aku gigil. haih sejak bila Malaysia kita ada salji. makanya,


sebelum ujian undang-undang juga, aku terfikir pasal apa yang mak aku bilang sama aku kelmarin. sebelum hari ujian undang-undang tiba. 

Mak : dah baca buku belum? esok dah nak ujian.
Aku : dah dah. tinggal lagi sikit yang bab belakang tu. yang akta apa bendah entah.
Mak : *berlalu pergi*

tak berapa lama lepas itu,

Mak : kau dok mengadap laptop je, dah baca belum?
Aku : ala kejap la. tadi dah baca dah.

waktu malam pun tiba,

Mak : tu dok baring-baring lagi, dah habis baca belum?
Aku : *mata lelap, buat dek,kuajo tak?*
Mak : esok kalau kau tak lulus, jangan harap nak balik. duduk sana sampai lulus. kena bayar balik tu kalau tak lulus!
Aku : *opps tersentap.terus bangun, sambung baca*

tahu takut. ya, saya masih mengenal erti takut dengan mak saya walaupun saya manja dengan mak saya. yeww saya manjeww. saya bangga saya manjeww. kalau tak manjeww, siapa lagi nak manjeww-manjeww dengan mak saya. abah saya? oh tu tolak tepi. lain cerita. makanya,



ini muka terkejut.

aku terkejut sebab

 |
|
|
\/


nampak tak aku dah kasi zoom ni?

a'ah aku dapat 49/50. salah satu. satu. satu. bukan dua. bukan tiga. bukan lima puluh. terkejut. sangat. tersangat. amat. teramat. sungguh. sesungguhnya terkejut badak. reaksi waktu tu mulut ternganga. tak sangka. aku aku aku rasa nak gelak. teringin nak gelak tersembur air liur depan skrin komputer tu. aku sangka salah antara empat hingga lapan soalan. makanya aku teringin buat



tapi hasrat tak kesampaian.
aku mampu senyum je.
senyum bangga.
sekejap.
takpe.

aku rasa ini pengaruh daripada kawan aku. kawan aku dapat 49/50 juga. reaksi aku masa tu "fuyoh". bila tiba giliran aku nak ambil ujian undang-undang ni, 49/50 asyik terbayang. bukan itu je. aku terbayangkan pasal apa yang mak aku kata tu ah. aku takutlah kalau betul-betul aku gagal. aku takutlah kalau betul-btul aku tak boleh balik. aku takutlah nak terbangkan RM27 untuk ujian ulangan. membazir. oleh itu, aku menjawab semua 50 soalan dalam masa 42 minit daripada 45 minit. aku semak berulang kali. takut punya pasal dengan kata-kata mak. akhirnya, dapat juga 49/50 yang aku terbayang-bayangkan tu. alhamdullilah. lepas keluar dari bilik tu, kawan aku "orang yang masuk selepas kau pun dah keluar dulu". nampak sangat ke aku lama sangat? biarlah. aku tak suka keluar awal. tak suka ke atau takut dengan kata-kata seorang mak? aku tak suka! bukan takut! ok aku takut dan tak suka. dua-dua.





2 comments:

  1. lulus lesen lg gembira daripada lulus SPM. .cuba laa

    ReplyDelete
  2. ok! pasti cuba! tp kalau tak gembira mcm mana? haha

    ReplyDelete