Monday, December 31, 2012

oil painting


Assalamualaikum.

sebelum cerita pasal oil painting . . .

aku baru je tengok 30 lakaran sculpture dan lima potrait sorang kawan ni. walawehhhh sehhhh cun siaa. nama dia Fatin Afifah binti Mohd Noh. satu kelas. satu level dekat kolej. seorang yang amat berbakat. agak gembira dapat berkawan dengan orang yang mempunyai bakat seni yang lebih berkualiti daripada aku. paling aku suka, diri aku ni pasti tak lepas rasa tercabar. dari situ aku cuba nak memperbaiki lukisan aku. bila tak jadi, apa yang aku buat, lepas geram, duduk luar dekat balkoni, tenangkan diri. cehh semuanya tak guna. aku masuk bilik balik terus tidur. nampak tak aku cemburu di situ? cemburu selepas melihat hasil seni dia. lagi satu, nampak sangat aku cepat putus asas. sebenarnya salah aku sendiri jugak. satu perkataan, malas! bila dah rasa tercabar tu, aku patut rajinkan diri buat sketching banyak-banyak sampai tangan bengkak lebam sekalipun. ni tak, bila pensyarah suruh buat, masa tu baru nak buat. itu pun last minute.

argh! aku kena buat azam baru ni. esok tahun baru. masa tengah makan petang tadi, kebetulan Fatin tanya , "apa azam korang untuk tahun 2013?". aku orang terakhir yang menjawab soalan tu. laju je aku jawab. "aku nak seni aku lebih hebat dari kau!". lepas tu aku terus bangun ambil cempedak atas meja belajar yang beli dekat pasar malam hari ni. peh sedap. garing. yang tak best, cempedak nak comel je. kecik beno. tak puas.

alright! jom masuk ke dunia oil painting. haha bajet je. kelas painting hari ni sangat syiokk ah luu taw! kitaorang buat campuran warna oil panting. biru merah kuning putih. tapi macam biasa, aku buat lembappppppp gila. orang lain dah buat banyak warna. hampir 30. 30 lebih pun ada. sebab pensyarah nak 30 campuran warna. aku pulak baru 15 warna *krik krik*.


nahhhh this is mine. so, what do you think? hihi. 
subject matter aku, batu. batu tu banyak warna cokelat jingga. so yeah.





serupa taik yang melekat dekat dinding aku tengok. 
lagi-lagi warna prussian blue sebelah merah  tu.


aku suka gambar ni. kau suka? haha tetiba.
orang lain tangan bersih je. contohnya macam Fatin Afifah. 
superb.


gembiranya hati, baju kena jugak. bukan situ je. ada lagi area lain. tu la siapa suruh pakai baju putih ek? sebenarnya tak tahu pun nak mula buat oil painting tu hari ni. aku pakai je la apa aku suka but who care~ baju ni pun dah agak buruk. berbulu-bulu. mesin basuh automatik punya pasal. lalala. seluar pun kena jugak. oleh itu, baju dan seluar jean kelabu (dalam gambar,seluar dah tukar) yang aku pakai hari ni telah dirasmikan untuk dijadikan pakaian buruk untuk setiap kali kelas painting. tak sabar tengok seluruh baju putih aku ni jadi warna-warni. ceh tengok-tengok next class pakai baju lain. huhu. benda yang pelik, ada lagi tiga empat orang yang pakai baju putih pun terkena oil colour tu. baju orang lain selain warna putih elok je. hmm? 


ni pehal? tak ada kaitan. 
saje tangkap. macam comel. kan comel kan?
kaki aku memang la comel.
hahahahahahahahaha.
ha ha.
ha.

-..-

ada lagi gambar dekat bengkel tapi kemudian la. nak buat assignment yang tertunggak.
anyong.




Saturday, December 29, 2012

sdfghjkmnbcfkmbvartyh

Assalamualaikum.

aku kan, tak jadi balik UITM Lendu, Melaka hari ni. aku kan, arghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh kerja tak siap lagi. aku kan, mata dah layu sebelah. layu sebelah lagi, tidurlah aku. tapi aku kan, kerja mana siap lagi! huarghhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhhh! esok pagi dah nak balik! ottoke ottoke! what should I do?! 

"BUAT LAAAA KERJA TU SEKARANG GILAAAAAAAAA. PEHAL UPDATE BLOG GILAAAAA." 

ok. 



Friday, December 28, 2012

risau

Assalamualaikum.

haih. I risau la dekat you. dah hampir seminggu kita tak jumpa. I takut you menangis hari-hari sebab rindukan I. habis banjir bilik you yang cantik tu. I harap you baik-baik je. I harap you jaga diri you. ahh resahnya hati I. I risau sangat ni. you, please tau. jaga diri elok-elok. tunggu I balik ye. sekejap je lagi. I janji. sampai je sana I terus jumpa you. you jangan risau ok? nanti kita dah jumpa, I nak tatap muka you lama-lama. nak lepaskan rindu I dekat you.

aku nak jumpa dia ni.

|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/




oh tidak! bocor! kuat mengompol syiling bilik ni! *krik krik*. gambar dekat atas ni sebelum cuti seminggu mid-sem. aku takut bilik aku dekat kolej jadi macam ni masa semua roomate balik. benda ni jadi bila hujan lebat je. dalam gambar tak nampak teruk sangat. realitinya boleh tahan banjirnya. eceh. tak ada la sampai cecah lutut kan. kira air hujan yang menitik ni penuh lantai depan pintu. budak level yang lalu siap cakap " eh nak aku tolong call Bersamamu?". haha kurang asam garam gula betul depa tu. sebenarnya ada lagi satu baldi belakang pintu dan yang paling banyak air hujan ditadah. rasanya makin bertambah parah kalau nak bandingkan dengan sem lepas. mungkin sebab sem dua ni dah penghujung tahun kan. musim tengkujuh. that's why. fuhlamak speaking sikit.

you, tunggu tau. ai lebiyuuu. errrr~ *goosebumps*

oh akhir sekali, hari ni hari Jumaat terakhir bagi tahun 2012. eh sekejap. dah nak masuk 2013? laju betul masa bergerak. mungkin sebab aku tak menghargai masa? bukan mungkin tapi memang. macam sekarang ni. esok dah nak balik kolej. assignment baru jejak anak tangga pertama. nak sampai hujung tangga, tu diaaaaaa jauh lagi tapi sempat update blog. weeeeeeeeeeeeee. ok aku nak sambung buat assignment! go Nabilah! I pergi dulu, you rindu la I tau. *goosebumps siri II*. byee.





Wednesday, December 26, 2012

cuti mid-sem

Assalamualaikum.

yes yes yes! sekarang tengah cuti mid-sem. lebih kurang seminggu. paling tak best, Isnin depan ada kelas. Selasa cuti balik. macam tutt tutt je. ada roomate aku kelas dia cancel hari Isnin tu. ditunda. orang kata "untung laaaaaaaaaaaaaa". tuih. tak apa, kelas aku tak payah ganti. kelas kome kena ganti. tak gitu? huahua. kejap, rasanya ada lagi benda tak best. cuba teka. zzz. dah teka? malas la tu nak teka. jeng jeng jeng. assignment bertimbun. wahhh seronok. hari ni dah masuk hari kelima cuti dan yeah semua assignment dah sentuh. kerajinan aku menyerlah. padahal sentuh je. buatnya tak. but wait, ada buat sikit. ok la tu kan? hohohohohorlickkssss. ahhh sedap. tetiba.

nak cakap apa lagi ni. oh ya! pensyarah ada cakap, semua kerja hantar lepas naik cuti nanti. masa tu, satu kelas macam lemah, layu, lembik, sotong, tak ada semangat, rasa nak demam, nak menangis, menderita. haha bajet gila. semua macam "alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa". then, tiba-tiba pensyarah cakap "ok! hantar tahun depan!". satu kelas terus "yeahhhhhh!!! huwahhhhhhh!!!! bestnyaaaaaaaaaa! tahun depan tuuuuu!!!!!!!!".  haaa engkau, berkobar-kobar gila. siap genggam dua-dua tangan ke atas. macam tengok bola "wahh goal!!!!!!". aku pun agak terharu la. ribuan terima kasih pensyarah.

macam apa je kitaorang kan. rasa nak lenyek sorang-sorang macam roti canai. padahal semua tahu sama ada hantar lepas naik cuti atau tahun depan tu sama je! hahahaha lawak la budak-budak kelas aku. ahaaaaaaaaaaaaaaaa. ok itu je kot. adios!




Saturday, December 15, 2012

Sembilan

Assalamualaikum.

wahaha ni la sembilan subjek untuk semester dua ni.

1. BEL260 - INTERMEDIATE ENGLISH
2. CTU151 - ISLAMIC THOUGHT AND CIVILIZATION
3. FET202 - PAINTING-MEDIA AND TECHNIQUE I
4. FET204 - PRINTINGMAKING -MEDIA AND TECHNIQUE I
5. FET206 - SCULPTURE-MEDIA AND TECHNIQUE I
6. FND150 - DRAWING II
7. FND152 - VISUAL COMMUNICATION
8. HBU124 - RED CRESCENT SOCIETY II
9. VCL155 - INTRODUCTION TO ISLAMIC ART


pensyarah cakap semester dua ni baru permulaan. masa semester satu hanya perkenalan. huarghhhhhh duit pun makin banyak nak pakai. kena ikat perut hari-hari guna tali tebal lima enam inchi. haha bajet je.tak apa, masih dapat makan pagi, tengah hari, petang, malam. makan roti empat segi letak milo. walaupun kawan selalu cakap "hoi jangan makan roti campur milo banyak sangat! kang taik kau keras!". aku macam "ahh lantak lahhh. aku lapar!". makan mee kerinting (maggi). makan biskut slim (tak ingat nama biskut tu tapi bentuk dia slim. haha). tak sampai satu bulan lagi, duit dah lesap. poket bocor agaknya. ngahahaha. terlalu amat banyak sangat barang seni nak beli. padan muka kau Nabilah. dulu mak dah cakap course seni banyak guna duit. mak suruh ambil course muzik kau tak nak. tak payah ke hulur hilir bawak barang seni kau naik turun bukit. ahaaaaaaaaaaa tak apa mak, saya sanggup buat semua tu. walaupun kolej dapat tingkat empat paling atas. walaupun tangga bertingkat-tingkat nak pergi ke studio dan mendaki bukit ke bengkel. cerita macam nak over tapi memang betul pun. lalala. cakap pasal banyak guna duit, memang payah. PTPTN aku dah la macam tut tut. orang lain dapat beribu untuk satu semester. aku? redha saje. tapi bila fikir balik, bukan aku sorang je terima nasib macam tu. sorang roomate aku pun dapat ciput. kita senasib. tapi kau course akaun, tak banyak guna duit macam budak art and design. kan kan? ke banyak jugak? lalalala ajdhajscnyhfawjdcakcnc.

shoot. aku nak buat assignment sebenarnya. gatal mata nak usha blog yang lama tak update. biasa la tu bila tengah surfing internet untuk cari maklumat untuk assignment, akhirnya ke lain. macam aku sekarang. wahahahaha. chow dulu. vrooommmmmmmm.



Sunday, November 25, 2012

oh tidak

Assalamualaikum.

tinggal lagi seminggu je nak bersiap sedia lari dari rumah. cuma plan tak siap lagi. macam mana nak lari ni. lol. maksud aku, lagi seminggu cuti semester nak habis. lepas tu, lesap dari rumah masuk UITM semula. London, here I come. Lendu sudah. berangan nak London. esok pulak hantar kakak masuk Kolej Teknologi Timur (KTT), Sepang. sambung Diploma in Art and Design (Fashion Design). dulu dia belajar di Kolej Komuniti Selayang. umur dah dua puluh dua tahun, sekarang baru dapat sambung Diploma. tak apa Kak Nadiah, perlahan-perlahan. Fighthing! semoga dapat menempuh segala halangan dengan tabah dan jayanya. yang penting, jangan patah semangat. semua yang terjadi ada hikmahnya. cehhh in real life, aku tak akan cakap macam ni punya dekat akak aku. malu. hahahahahahahahahaha. *lari masuk tandas, berak* 

ahhh lega sekali. 

mata dah kuyu. satu tiga puluh lapan pagi. ayuh, mari mengorok bersama kami. mari mengorok bersama kami. bersama kami. tetiba. selamat malam. krohhhhh. 



Monday, November 19, 2012

situ sana sini


ada sesuatu di situ.
 perlukah aku ke sana? 
atau 
selamanya di sini?
aku masih buntu.
tolong.




oh


dua minggu.
tiada hala tuju.
perlu cari kekuatan.



Monday, November 5, 2012

entah


Assalamualaikum.

Yo! phewww lama tak update. hihi. Saya sihat je. hihi. hoho. hehe. krohh.

Tadi mak aku call :

Mak : ni mak nak balik dah.
Aku : oh dah habis jaga exam? (mak jaga budak SPM)
Mak : Dah dah. ni nanti pergi dapur sediakan tepung semua. mak nak buat yang macam semalam tu.
Aku : haa?! yeah yeah!! ok ok.
Mak : bentang surat khabar semua, bahan semua susun. mak nak ajar Ila.
Aku : hehehehe ok ye mak. bye Assalamualaikum.
Mak :  ....... *terus letak* (memang selalu macam ni)

Nak tahu nak mak nak ajar apa? buat PURI. korang tahu tak puri tu apa? tunggu episod akan datang. muahahaaa. siapa yang tahu tu, chaego! bagus! Malaysia bagus~ haha tetiba. baiklah! aku nak sediakan bahan. adios. anyong. pyong~




Sunday, July 29, 2012

sekian kesian

Assalamualaikum.

Telah sekian lama aku meninggalkan dunia blog selama empat bulan. kesian blog aku. kesian kerana tiada siapa lagi yang mengetahui akan kewujudan blog ini. kesian sungguh. kesian!

sekian terima kasih. itu sahaja.


Saturday, March 3, 2012

wimpy kids

Assalamualaikum.

zoo-wee-mama! kelakar tak? oh mungkin tidak. mungkin ya jika anda pernah menonton cerita Wimpy Kids?

ok bukan itu aku yang ingin aku ceritakan. sebenarnya tadi aku fikir sejenak perihal,


sejak menjadi bekas pelajar sekolah menengah rendah, sejak umur dah mencecah 18 tahun, aku dah boleh merokok. hahahahahaha tak tahu nak cerita macam mana. fffuuuuuu. sebenarnya aku jumpa satu blog ni. baca punya baca. agak menarik dan buat aku ingin memikat si awek. peduli itu. dia pun suka buat conteng-conteng. lebih dikenali sebagai 'doodle'. sekarang doodle sangat popular. ramai para blogger berlumba-lumba mencomelkan blog dengan doodle doodle tersebut. aku pun tidak ketinggalan menjinakkan diri untuk menghiasi entry aku dengan doodle yang sekian sekian tu. ala baru dua entry je aku letak doodle. terasa diri ini begitu malas. aku pun mula terjebak doodle doodle ni sejak tingkatan tiga tapi masa tu memang tak ada geng langsung. rasa macam ada orang ejek aku buat doodle. f o r e v e r a l o n e. masa tu jugak masih zaman myspace. apa-apa sahajalah. dan followers budak tu pun sangat mengagumkan. lima ribu lebih banyak sikit. aku? hahahahahahahahahahahahahahahaha. 

jadi apa masalahnya aku cakap pasal dia? diaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa. oh tidak. 


"what?! baru darjah enam.seriously?! oh no way!". aku  cemburu gila nak mati. bukan apa, dulu masa zaman sekolah rendah, yela mana tahu social network apa semua ni. masuk tingkatan satu, baru kenal 'friendster'. dan pada ketika itu, ahaaa memang macam tahi la bila mengomen ngomen. orang kata, ayat rempiwtzzz. ffffuuuuuuuuuuu. buat malu. muka dah serabai, lagi serabai komen dengan ayat macam tu. memang, memang dulu aku fikir ayat macam tu sangat comel. rasa nak campak tahi hidung tak? well, masa dah berlalu. tak boleh nak putar balik. apa yang aku cemburu, ayat dia pehhh pehhh. matang sampai ke langit. dia menggunakan perkataan bombastik. dulu aku guna perkataan bomplastik. dia tak macam darjah enam langsung. ingatkan umur dia sekitar umur aku. sejak setiap entry dia banyak cerita pasal kerja sekolah dan banyak mention UPSR, aku "ok, dia memang darjah enam." aku rasa malu sekali lagi dengan menggunakan ayat rempiwtzzz ketika berumur 13 tahun. doodle yang dia buat pun lagi alalalala comelnya.

akhirnya, aku seolah-olah, 


ke belakang, belakang, belakang. seram.

bila makin maju, tidak hairan baby reti main game dekat tablet dan seangkatan dengannya. lebih hebat main angwi bird daripada orang yang lebih dewasa macam aku ni. aku DEWASA. mungkin belum. k.

makanya,

baby macam budak tadika.
budak tadika macam budak sekolah rendah.
budak sekolah rendah macam budak sekolah menengah.
budak sekolah menengah macam baby. (haa yang ini untuk aku)

tak faham tak apalah.

kesimpulannya, budak sekarang menakutkan. 

byeee.



Friday, February 24, 2012

malam makin kedut

Assalamualaikum.

jam sudah melepasi jarum 12.00 malam. ini bermakna aku sekali lagi berjaya tidur lewat. kebiasaannya aku akan mula 'melukis peta' pada pukul 10.00 malam bersertakan dengkuran yang sangat 'R n B' alunannya. pada ketika itu, ayat 'malam masih muda. tak remajalah tidur awal'  mula melakukan aksi b-boy di hadapan tingkap mata aku yang kian layu. peduli apa malam masih muda ke malam masih seksi ke, janji hati puas dapat berpelukan dengan bebi boo. bebi boo aku sangat kawkaw dan empuk. mak kata "mak yang beli mak yang punya la". kami mula berperang kerana bebi boo.  mempunyai kuasa sebagai anak bongsu, sudah pasti nasib akan menyebelahi aku. keputusannya, akulah yang menang. akulah juara segala serigala gila. oleh itu, bebi boo telah kembali ke dalam dakapanku. selamanya. so sweet, puih sikit.

jangan suka garu-garu, aku tahu kau terharu.

terima kasih kerana membaca dengan penuh emosi.

selamat malam.

daripada : NS dan bebi boo.


Thursday, February 16, 2012

Hari yang memang indah belaka

Assalamualaikum.

hari ni memang aku cakap betul. memang indah. bukan macam entry aku yang lepas,'Hari yang indah belaka'. itu  semuanya tak indah langsung. sesuatu kegagalan yang sangat mengecewakan. habis robek hati aku. tetapi pada hari ini, ya pada hari ini! harharhar aku berjaya mengharui kegagalan itu. sangat hensem. ah hensemnya aku. ahh hensem. awesome dan hensem. sila menyampah dan kutip sampah. ah terasa nak breakdance. main skateboard. parkour. bmx. fixie. graffiti. conteng-conteng. kasut roda. kutip sampah . . .

. . . . .

baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, dua tiga. baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, dua tiga. baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, aku, tiga. baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, dua tiga. baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, dua tiga. baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, dua, lulus. baiklah. satu, dua tiga. baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, dua tiga. baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, dua, jpj. baiklah. satu, dua tiga. baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, dua, test. baiklah. satu, dua tiga. baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, dua, tiga. baiklah. satu, dua tiga. baiklah. satu, dua, tiga. 

sebab itulah hari ini memang indah belaka. tak tahu lagi apa yang indah?

konklusinya, berapa ramai je yang rajin nak baca ayat yang berulang dari mula sampai habis? kosong. lain kali baca satu-satu. bukan dua-dua, tiga-tiga, empat-empat terus lompat. harhar. aku tahu aku awesome dan handsome. don't hate me. malas nak cerita secara terperinci, rasa macam syok sendiri. byee.



Omma, saeng-il chugha haeyo.

"K sepatutnya entry ni di-post kan dua hari lepas. Tapi tapi berokkksband kita tak secanggih tak se-osem kome punya. Kita punya selaju girl girl yg jalan sopan sopan mcm kita. puii. dah dah.


Ehem! '' Happy birthday to you.. Happy birthday to you.. Happy birthday to my MAK.. Happy birthday to you.." ceh sedap kan den nyanyi.


Hari Rabu lepas kan [160211] sebenarnya kan hari jadi mak kita. hehehehehe. Kita kan tak bagi apa pun tapi mak kita tak kisah. Bila hari jadi kita, kita hentak hentak kaki, kita hempas hempas pintu, kita muncung muncung mulut macam berukks bagai. Paling teruk, kita kan lari rumah sebab nak rompak kedai runcit abang CANON. hik hik. Konon kita nak merajuk. Konon kita nak hamekk perhatian. Tengok Nabilah, kau tipu tipu orang lagi.


Tengok ah sini, ni mak kita yang kiut miut tiut tu. *hamboii mak suka ni kena puji.






kan kan, datin betul kan dia? Oh gambar ni masa kita dengan family kita pergi sambut birthday mak kita dekat De Curve. ngeh. Sambut awal sehari dan kita post entry ni lambat dua hari. ciss
AKHIR SEKALI, mak mak mak, dengar tak Ila panggil ni? makk. MAKKKKKKKKKKKK! hamekk. haha. Semoga mak panjang umur. Semoga hidup mak sentiasa dirahmati. Semoga semoga dan semoga. Aminn."


Assalamualaikum.

dah baca? ini sepatutnya kisah tahun lepas. ayat pun macam bangang sikit. dah basi berkulat aku simpan. akhirnya, terkeluar juga daripada perut draft.

dan ya, hari ni hari lahir mak aku. mak, selamat hari jadi yang ke-54. cepatnya masa berlalu. aku masih anggap mak aku dalam sekitar 40-han. sewaktu zaman mudanya, mak memang menawan. aku sendiri cemburu. adik-beradik perempuan kami banyak ikut belah abah. abang aku banyak ikut belah mak sebab tu kaki dia tak banyak bulu. harap-harap abang aku tak baca. harhar.

aku tak sediakan apa-apa hadiah yang istimewa. makanya, aku nak lulus JPJ test kereta hari ni. kalau aku lulus, itulah hadiah untuk mak aku. cool tak? harap-harap lulus dengan jayanya. Amin.

abah cakap kalau lulus lesen boleh kerja sampingan. boleh cari duit untuk suami. eh maksud aku cari duit untuk diri sendiri. tak usahlah minta daripada mak abah lagi. sekarang ni makin dewasa, malu nak minta. malu sikitlah sebab kadang-kadang perlulah minta kalau bayaran tu beratus-ratus. macam bayar lesen kan. tapi dewasa ke aku ni? aku boleh jadi lebih kebudak-budakan kalau sembang dengan budak yang lebih muda daripada aku. buat malu muka je perangai tak sematang umur. umur dah 18 tahun. tak sedar diri. tak apa, makeup tebal. lainlah kalau muka comel sejak bebi. memang boleh tipu "hai saya baru je 18 bulan." tapi aku memang comel sejak bebi. masuk sekolah rendah, berubah satu kosong satu peratus. aku tunding jari kepada sukan tahunan sekolah. sorry bebi. ahh kawan aku si Asyikin Rosli punya pasal, aku suka cakap 'bebi'.

jadi, mak! tidak lupa juga, abah! terima kasih bagi $.$ untuk lesen kereta ni. tunggu dan lihat. saya pasti lulus. ingat, lulus lesen kereta sebagai hadiah hari jadi mak! InsyaAllah. ahh takutnya. serius. lebih takut daripada menduduki peperiksaan SPM. masa untuk tidur. tidur lewat, mata panda menanti anda. ahh mimpi ngeri agaknya malam ni. byee.

omma, appa, saranghae. oppa oppa Korea, saranghae juga. haha tak guna.


Saturday, February 11, 2012

Hari yang indah belaka

Assalamualaikum.

semalam memang indah.

10 Februari 2012.

puih.

haha.

sungguh celaka.

opps.

bagaimana dengan lesen memandu kalian?

yang dah lepas boleh zip bibir yang munggil sangat tu.

aku gagal QTI.

QTI tu Qoqonut Tampar Itik.

awesome weiii. *ayat Baki Zainal*

memang la aku tipu.

QTI tu . . . . . .. . . . . .

skrin handphone aku pecah.

punya la sebelum ni hempap handphone tu sihat berotot je.

kenapa mesti  nak sama hari dengan aku gagal QTI.

oh menyampahnya.

tak bagi tahu mak abah lagi pasal handphone.

dah bagi tahu mak pasal gagal QTI.

tak bagi tahu abah pasal gagal QTI.

orang kata nanti kena ceramah free ye.

abah kata sebelum JPJ test, kena tunjuk dekat abah macam mana aku memandu.

abah kata nak denda ketuk ketampi kalau ada salah.

comel kan.

yang pelik, ramai kawan aku gagal QTI.

masalahnya benda dah ok semua sebelum QTI.

serius.

tiba-tiba tiga penjuru tak dapat buat.

langgar garisan.

kena jampi heh tempat litar memandu tu.

orang tu nak duit.

suruh ambil kelas tambahan.

harhar.

tak baiklah tuduh orang kan.

salah sendiri.

harhar.

aku jugak bagi signal lambat dekat jalan raya.

wahh celaka lagi.

dan ini bukan sebab aku gelabah masa QTI.

aku berada dalam keadaan tenang masa tu.

macam dalam latihan.

macam biasa.

tapi,

apa nak jadi dengan industri hiburan kita ni. *cilok ayat dalam "WAKTU REHAT"*

tiba-tiba.

ya aku sunggu kecewa seperti baru putus cinta.

lalu menghempap handphone ke atas meja.

tidak aku sangka skrin handphone pecah.

aku hanya mampu berkata "akhirnya."

wah macam pantun pula.

harhar.

bye.

kejap.

tiba-tiba teringat kata-kata fapeppermint.

"lulus lesen lagi gembira daripada lulus SPM. cuba laa."

baru gagal QTI pun dah kecewa.

harap JPJ test nanti LULUS.

InsyaAllah.

16 Februari 2012.

harhar.



ta-dahhhh.


awesome.
ni laptop yang aku guna sekarang.
ni cerita tahun lepas.
bukan aku buat.
harap maklum.
muah.



Monday, January 23, 2012

'pakwe' aku hilang

Assalamualaikum penduduk bumi. kita cuma ada satu alam, hargailah ia. tetiba.

oh ya. 'pakwe' aku hilang. tiada siapa pun yang tahu sebelum ni. aku pendam tentang hal ini seorang diri. aku tempoh susah senang tanpa kawan-kawan di sisi. aku menangis sehingga mereka ini pun turut menangis.




kau tak rasa simpati ke? kejamlah kau. aku sedih gila 'pakwe' aku hilang. aku cari merata tempat sehingga ke lubang cacing. apatah lagi lubang Jerry. kawan kepada Tom. dan aku tak jumpa. aku mula meraung macam orang nak beranak. pheww. aku meraung "huaaa mana ni? manaaaa? manaaaa?!". aku mula mengesyaki mak aku. aku meraung lagi "huaaaa mana ah?! haaa kejap! mak buang dalam tong sampah agaknya tapi tak mungkinlah! huaaaaa mana ni?". aku risau dan masih mencari. aku berulang-alik ke tingkat atas kemudian ke tingkat bawah kemudian atas kemudian bawah lagi dan sehingga aku putus asa. baiklah, aku redha dia dah hilang.

malam tu. mak aku pulang. pulang dari sekolah. ya mak aku masih seorang pelajar sekolah menengah rendah. maka, nampak sangat aku menipu. mak aku seorang cikgu. kesian mak. mukanya terpampang tulisan "LETIH". tapi aku buat muka macam nak terkam awak. hai sayang , saya nak terkam awak. pheww amenda ni. aku tahu mak aku penat tapi aku masih sedih kerana kehilangan 'pakwe' aku yang berwarna biru. biru? dalam sedih muka aku terserlah muka singa. agak garang. kelihatan marah. aku marah dekat mak aku. sedang mak aku duduk di hadapan meja makan, aku lalu dan kedengaran namaku dipanggil. "Ila, makan." aku balas dengan nada rendah "nanti, nak mandi." dah malam baru nak mandi. aku memang malas mandi sebab takut air. haha kena tipu. haha ok tak kelakar. gagal! gagal!

lepas mandi, aku turun ke bawah untuk makan la, apa lagi. aku makan di dapur belakang. tak duduk makan sekali dengan mak. rasa macam jahat ah pulak aku ni tak makan sekali dengan mak. haih. tiba-tiba mak aku datang ke dapur. mak tanya pasal apa yang hilang. nampaknya kakak aku dah ceritakan dekat mak. terima kasih. 

tup tap tup tap.

blablablablabla.

mak : terbuang dalam tong sampah kot.
aku : *harap-harap tak*
mak : kejap, mak try cari.
aku : dahhhh tak payah la. tak ada punya dalam tu.
mak : *tengah cari dalam plastik sampah hitam besar punya*
aku : tak payahhhh cariiiii.
mak : *korek-korek sampah*
aku : *rasa bersalah*
mak : nahhh, ni ke?
aku : hmmmmm.
mak : *nak tolong basuhkan*
aku : lah tak payah la basuh. lagi rosak. *sambil tu aku lap kesan-kesan minyak dengan tishu*

ok. dah sah rosak ni kena minyak.

esoknya nak keluar. aku selalu keluar, kamera mesti angkut sekali. nak mencuba tangkap gambar. aku mengharapkan memory card ni masih elok. tapi, ok dah rosak. ok. ok. ok. ok bye. bye memory card. awak dah mampus. saya tak boleh tangkap gambar dah. saya kena cari 'pakwe' baru. kesian awak memory card kedua. lepas ni saya nak cari pengganti ketiga. 'pakwe' pertama kena jangkitan kuman. 'pakwe' kedua mati dalam tong sampah. 'pakwe' ketiga belum beli. tunggu mak beli. pakai duit mak. mak, baca ni. duit mak tau. macam la mak baca. dan aku marah mak aku masa tu je. sekejap je. tak sampai satu jam. setengah jam pun tak sampai kot. itu pun buat muka marah je. agak-agak kalau orang lain tengking tak mak dia sebab terbuang memory card kamera dalam tong sampah? dan dalam memory card itu ada gambar yang banyak? kalau aku, tidak sama sekali. nak marah pun sekejap cukup. sebab apa? sebab dia mak. lagi pun mak bagi duit beli baru. hehehe.

Natijahnya, aku tak dapat tangkap gambar. kau tahu apa rasanya tak dapat tangkap gambar bila tiba-tiba ada pandangan yang indah depan mata? kecewa. hancur hati. tengok orang lain upload gambar baru. rasa macam aku tak ada apa-apa. macam makin bosan. dah la bye nak korek hidung. ah selesanya. beginilah orang selekeh.

*salah aku juga sebab letak memory card bersepah, bukan nak simpan elok-elok. padan muka.*



Thursday, January 5, 2012

Assalamualaikum.

jam menunjukkan pukul 1.50 pagi. sekarang 1.51 pagi. 1.52 pagi. 1.53 pagi. 1.55 pagi. 1.56 pagi. 1.57 pagi. 1.58 pagi. 1.59 pagi. 1.60 pagi.

manusia suka berpura-pura kan? ah biasa, manusia di muka bumi yang dah uzur ni semuanya hebat berlakon. tidak usah ditunjuk ajar bagaimana mahu berlakon dengan lebih profesional. masing-masing dah tersedia dengan bakat masing-masing. dan aku benci mereka. mereka itu mungkin termasuk kau. itu sahaja. sekian, terima kasih. *rasa nak baling tahi cicak kepada mereka*

jam menunjukkan pukul 2.05 pagi. krohhhh krohhhh tidur.