Monday, December 31, 2012

oil painting


Assalamualaikum.

sebelum cerita pasal oil painting . . .

aku baru je tengok 30 lakaran sculpture dan lima potrait sorang kawan ni. walawehhhh sehhhh cun siaa. nama dia Fatin Afifah binti Mohd Noh. satu kelas. satu level dekat kolej. seorang yang amat berbakat. agak gembira dapat berkawan dengan orang yang mempunyai bakat seni yang lebih berkualiti daripada aku. paling aku suka, diri aku ni pasti tak lepas rasa tercabar. dari situ aku cuba nak memperbaiki lukisan aku. bila tak jadi, apa yang aku buat, lepas geram, duduk luar dekat balkoni, tenangkan diri. cehh semuanya tak guna. aku masuk bilik balik terus tidur. nampak tak aku cemburu di situ? cemburu selepas melihat hasil seni dia. lagi satu, nampak sangat aku cepat putus asas. sebenarnya salah aku sendiri jugak. satu perkataan, malas! bila dah rasa tercabar tu, aku patut rajinkan diri buat sketching banyak-banyak sampai tangan bengkak lebam sekalipun. ni tak, bila pensyarah suruh buat, masa tu baru nak buat. itu pun last minute.

argh! aku kena buat azam baru ni. esok tahun baru. masa tengah makan petang tadi, kebetulan Fatin tanya , "apa azam korang untuk tahun 2013?". aku orang terakhir yang menjawab soalan tu. laju je aku jawab. "aku nak seni aku lebih hebat dari kau!". lepas tu aku terus bangun ambil cempedak atas meja belajar yang beli dekat pasar malam hari ni. peh sedap. garing. yang tak best, cempedak nak comel je. kecik beno. tak puas.

alright! jom masuk ke dunia oil painting. haha bajet je. kelas painting hari ni sangat syiokk ah luu taw! kitaorang buat campuran warna oil panting. biru merah kuning putih. tapi macam biasa, aku buat lembappppppp gila. orang lain dah buat banyak warna. hampir 30. 30 lebih pun ada. sebab pensyarah nak 30 campuran warna. aku pulak baru 15 warna *krik krik*.


nahhhh this is mine. so, what do you think? hihi. 
subject matter aku, batu. batu tu banyak warna cokelat jingga. so yeah.





serupa taik yang melekat dekat dinding aku tengok. 
lagi-lagi warna prussian blue sebelah merah  tu.


aku suka gambar ni. kau suka? haha tetiba.
orang lain tangan bersih je. contohnya macam Fatin Afifah. 
superb.


gembiranya hati, baju kena jugak. bukan situ je. ada lagi area lain. tu la siapa suruh pakai baju putih ek? sebenarnya tak tahu pun nak mula buat oil painting tu hari ni. aku pakai je la apa aku suka but who care~ baju ni pun dah agak buruk. berbulu-bulu. mesin basuh automatik punya pasal. lalala. seluar pun kena jugak. oleh itu, baju dan seluar jean kelabu (dalam gambar,seluar dah tukar) yang aku pakai hari ni telah dirasmikan untuk dijadikan pakaian buruk untuk setiap kali kelas painting. tak sabar tengok seluruh baju putih aku ni jadi warna-warni. ceh tengok-tengok next class pakai baju lain. huhu. benda yang pelik, ada lagi tiga empat orang yang pakai baju putih pun terkena oil colour tu. baju orang lain selain warna putih elok je. hmm? 


ni pehal? tak ada kaitan. 
saje tangkap. macam comel. kan comel kan?
kaki aku memang la comel.
hahahahahahahahaha.
ha ha.
ha.

-..-

ada lagi gambar dekat bengkel tapi kemudian la. nak buat assignment yang tertunggak.
anyong.




No comments:

Post a Comment