Assalamualaikum.
jam sudah melepasi jarum 12.00 malam. ini bermakna aku sekali lagi berjaya tidur lewat. kebiasaannya aku akan mula 'melukis peta' pada pukul 10.00 malam bersertakan dengkuran yang sangat 'R n B' alunannya. pada ketika itu, ayat 'malam masih muda. tak remajalah tidur awal' mula melakukan aksi b-boy di hadapan tingkap mata aku yang kian layu. peduli apa malam masih muda ke malam masih seksi ke, janji hati puas dapat berpelukan dengan bebi boo. bebi boo aku sangat kawkaw dan empuk. mak kata "mak yang beli mak yang punya la". kami mula berperang kerana bebi boo. mempunyai kuasa sebagai anak bongsu, sudah pasti nasib akan menyebelahi aku. keputusannya, akulah yang menang. akulah juara segala serigala gila. oleh itu, bebi boo telah kembali ke dalam dakapanku. selamanya. so sweet, puih sikit.
jangan suka garu-garu, aku tahu kau terharu.
terima kasih kerana membaca dengan penuh emosi.
selamat malam.
daripada : NS dan bebi boo.
No comments:
Post a Comment