Wednesday, December 26, 2012

cuti mid-sem

Assalamualaikum.

yes yes yes! sekarang tengah cuti mid-sem. lebih kurang seminggu. paling tak best, Isnin depan ada kelas. Selasa cuti balik. macam tutt tutt je. ada roomate aku kelas dia cancel hari Isnin tu. ditunda. orang kata "untung laaaaaaaaaaaaaa". tuih. tak apa, kelas aku tak payah ganti. kelas kome kena ganti. tak gitu? huahua. kejap, rasanya ada lagi benda tak best. cuba teka. zzz. dah teka? malas la tu nak teka. jeng jeng jeng. assignment bertimbun. wahhh seronok. hari ni dah masuk hari kelima cuti dan yeah semua assignment dah sentuh. kerajinan aku menyerlah. padahal sentuh je. buatnya tak. but wait, ada buat sikit. ok la tu kan? hohohohohorlickkssss. ahhh sedap. tetiba.

nak cakap apa lagi ni. oh ya! pensyarah ada cakap, semua kerja hantar lepas naik cuti nanti. masa tu, satu kelas macam lemah, layu, lembik, sotong, tak ada semangat, rasa nak demam, nak menangis, menderita. haha bajet gila. semua macam "alaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa". then, tiba-tiba pensyarah cakap "ok! hantar tahun depan!". satu kelas terus "yeahhhhhh!!! huwahhhhhhh!!!! bestnyaaaaaaaaaa! tahun depan tuuuuu!!!!!!!!".  haaa engkau, berkobar-kobar gila. siap genggam dua-dua tangan ke atas. macam tengok bola "wahh goal!!!!!!". aku pun agak terharu la. ribuan terima kasih pensyarah.

macam apa je kitaorang kan. rasa nak lenyek sorang-sorang macam roti canai. padahal semua tahu sama ada hantar lepas naik cuti atau tahun depan tu sama je! hahahaha lawak la budak-budak kelas aku. ahaaaaaaaaaaaaaaaa. ok itu je kot. adios!




No comments:

Post a Comment