haih. I risau la dekat you. dah hampir seminggu kita tak jumpa. I takut you menangis hari-hari sebab rindukan I. habis banjir bilik you yang cantik tu. I harap you baik-baik je. I harap you jaga diri you. ahh resahnya hati I. I risau sangat ni. you, please tau. jaga diri elok-elok. tunggu I balik ye. sekejap je lagi. I janji. sampai je sana I terus jumpa you. you jangan risau ok? nanti kita dah jumpa, I nak tatap muka you lama-lama. nak lepaskan rindu I dekat you.
aku nak jumpa dia ni.
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
|
\/
oh tidak! bocor! kuat mengompol syiling bilik ni! *krik krik*. gambar dekat atas ni sebelum cuti seminggu mid-sem. aku takut bilik aku dekat kolej jadi macam ni masa semua roomate balik. benda ni jadi bila hujan lebat je. dalam gambar tak nampak teruk sangat. realitinya boleh tahan banjirnya. eceh. tak ada la sampai cecah lutut kan. kira air hujan yang menitik ni penuh lantai depan pintu. budak level yang lalu siap cakap " eh nak aku tolong call Bersamamu?". haha kurang asam garam gula betul depa tu. sebenarnya ada lagi satu baldi belakang pintu dan yang paling banyak air hujan ditadah. rasanya makin bertambah parah kalau nak bandingkan dengan sem lepas. mungkin sebab sem dua ni dah penghujung tahun kan. musim tengkujuh. that's why. fuhlamak speaking sikit.
you, tunggu tau. ai lebiyuuu. errrr~ *goosebumps*
oh akhir sekali, hari ni hari Jumaat terakhir bagi tahun 2012. eh sekejap. dah nak masuk 2013? laju betul masa bergerak. mungkin sebab aku tak menghargai masa? bukan mungkin tapi memang. macam sekarang ni. esok dah nak balik kolej. assignment baru jejak anak tangga pertama. nak sampai hujung tangga, tu diaaaaaa jauh lagi tapi sempat update blog. weeeeeeeeeeeeee. ok aku nak sambung buat assignment! go Nabilah! I pergi dulu, you rindu la I tau. *goosebumps siri II*. byee.
No comments:
Post a Comment