Saturday, December 15, 2012

Sembilan

Assalamualaikum.

wahaha ni la sembilan subjek untuk semester dua ni.

1. BEL260 - INTERMEDIATE ENGLISH
2. CTU151 - ISLAMIC THOUGHT AND CIVILIZATION
3. FET202 - PAINTING-MEDIA AND TECHNIQUE I
4. FET204 - PRINTINGMAKING -MEDIA AND TECHNIQUE I
5. FET206 - SCULPTURE-MEDIA AND TECHNIQUE I
6. FND150 - DRAWING II
7. FND152 - VISUAL COMMUNICATION
8. HBU124 - RED CRESCENT SOCIETY II
9. VCL155 - INTRODUCTION TO ISLAMIC ART


pensyarah cakap semester dua ni baru permulaan. masa semester satu hanya perkenalan. huarghhhhhh duit pun makin banyak nak pakai. kena ikat perut hari-hari guna tali tebal lima enam inchi. haha bajet je.tak apa, masih dapat makan pagi, tengah hari, petang, malam. makan roti empat segi letak milo. walaupun kawan selalu cakap "hoi jangan makan roti campur milo banyak sangat! kang taik kau keras!". aku macam "ahh lantak lahhh. aku lapar!". makan mee kerinting (maggi). makan biskut slim (tak ingat nama biskut tu tapi bentuk dia slim. haha). tak sampai satu bulan lagi, duit dah lesap. poket bocor agaknya. ngahahaha. terlalu amat banyak sangat barang seni nak beli. padan muka kau Nabilah. dulu mak dah cakap course seni banyak guna duit. mak suruh ambil course muzik kau tak nak. tak payah ke hulur hilir bawak barang seni kau naik turun bukit. ahaaaaaaaaaaa tak apa mak, saya sanggup buat semua tu. walaupun kolej dapat tingkat empat paling atas. walaupun tangga bertingkat-tingkat nak pergi ke studio dan mendaki bukit ke bengkel. cerita macam nak over tapi memang betul pun. lalala. cakap pasal banyak guna duit, memang payah. PTPTN aku dah la macam tut tut. orang lain dapat beribu untuk satu semester. aku? redha saje. tapi bila fikir balik, bukan aku sorang je terima nasib macam tu. sorang roomate aku pun dapat ciput. kita senasib. tapi kau course akaun, tak banyak guna duit macam budak art and design. kan kan? ke banyak jugak? lalalala ajdhajscnyhfawjdcakcnc.

shoot. aku nak buat assignment sebenarnya. gatal mata nak usha blog yang lama tak update. biasa la tu bila tengah surfing internet untuk cari maklumat untuk assignment, akhirnya ke lain. macam aku sekarang. wahahahaha. chow dulu. vrooommmmmmmm.



No comments:

Post a Comment