Wednesday, November 6, 2013

Aeon dan pasar

Assalamualaikum.



sudah berkali-kali ke sini. satu kali, dua kali, tiga kali dan seterusnya. hari ni pergi lagi, Aeon, Rawang. rasa muak mula membangkit tapi masih pergi. ini saje yang paling dekat dari rumah. nasib baik panggung wayang dihidupkan. itu saje yang paling syok, mungkin. atau. . oh, tempat permainan token. itu syok juga. hihik. aku masih ingat lagi satu peristiwa sebelum Aeon, Rawang ni dibuka. kami budak lepasan SPM 94 yang batak mencari kerja mengambil peluang mencari kerja sambilan di sini. tak tahulah orang lain batak ke tak. haha mungkin aku je kot. aha. perasaan teruja itu membuak-buak pabila mendengar terdapat pusat boling di sini. aku dan askar-askar aku. ceh askar sangat. aku dan tiga empat member mecari pusat boling tersebut. pusing punya pusing tak jumpa. aku heran lalu aku bertanya staf yang sedang bertugas. rupanya pusat boling tersebut tidaklah wujud. macam bangang malunya aku. siapalah yang yakin sangat kata dekat aku memang ada pusat boling. cis. kisahnya begitulah. tidak dramatik macam kau sangkakan. akhirnya sampai ke sudah aku tak kerja pun sampai dah masuk UiTM. tak berhenti takat tu je, angan-angan untuk mencari kerja sambilan masih kuat. kononnya asal cuti semester je nak kerja tapi misi tersekat macam longkang tersumbat. lain kalilah. itu saje ayat yang mampu diulang. sampai bila . . . itu tunggu bila aku dah korek sampah dekat longkang tersumbat tulah.



nampak tak 'Little Taiwan'? aku, kakak pertama dan kakak kedua makan di restoran tersebut. dalam banyak-banyak restoran yang ada dekat Aeon, Rawang tu, kami memilih Little Taiwan disebabkan kakak pertama mengidam untuk makan di situ sejak . . . entahlah bila bukan aku ingat. lepas pilih makanan apa aku nak melantak aku lukislah sikit. lukis comel-comel. hihik. memesan makanan yang ber-set agak sedikit timbul rasa menyesal. ruang perut makin sempit. dari luar nampak buncit. amboi. gitu-gitu pun kami bertiga yang cantik ini tetap menghabiskan makanan tersebut secara rela. rela ye. kembali kepada perkataan 'cantik' janganlah kau rasa menyampah. bukan kami bertiga saje cantik. kau yang itu, kau yang sana, kau yang situ semualah cantik. 

Macam cantik je, macam comel je, semua ciptaan Allah.
Macam cantik je, macam comel je, segala pujian kembali pada-Nya.
Macam cantik je, macam comel je, indahnya Tuhan ciptakan kita.
Macam cantik je, macam comel je, ajaibnya alam semesta. 

- Saudara Amar.


nampak tak yang ada lori tu? sebenarnya hari ni ada pasar malam. kakak pertama yang ingatkan. aku tak teringat pula. hm. oh lepas makan kami pergilah ke pasar malam. ronda-ronda di situ ke berapa kali pun aku tak kira. mencari sesuatu untuk dilahap ini malam. sesudah beli makanan di pasar tiba-tiba mak membuat panggilan kepada kakak pertama. mak memerintah (memesan, lebih lembut) untuk membelikan mak ini itu ini itu. ini itu ini itu, akhirnya hanya suruh membeli ikan tenggiri. sedang menunggu kakak memilih ikan tenggiri yang seksi itu, aku memandang (usha, lebih tepat) seseorang di belakang sana. remaja lelaki muda bergetah. lol. dia sedang menyembelih ikan. eh menyiang ikan berdekatan dengan lori tu. aku bercakap dalam hati, hmm bagus depa ni, muda-muda macam tu tolong mak ayah berniaga di pasar, hmm bagus. bukan dia je, ada lagi beberapa orang yang sebaya dia tolong mak ayah berniaga. yang paling tertarik bumbum kawkaw di mata aku, budak apam balik, budak yong tau foo dan yang terbaru budak siang ikan tadi tu. aku pun tak tahu kenapa aku cerita benda ni. hahahahahahahahahaha aku suka memerhati. haaaa jaga-jaga kome semua. aku perhati bukan apa, cuma nak jadikan bahan rujukan menghasilkan watak lukisan yang baru walaupun aku tidaklah hebat menghasilkan lukisan figura. masih terkial-kial lagi. aku lebih kepada lukisan landskap. 



bangun hoi bangun

Assalamualaikum.

Sudah cecah 19 tahun, masih belum bangun. berapa lama lagi hanya mahu duduk membongkok tiga dan lihat kerjaya orang lain? 

bangun hoi bangun. jangan malas walaupun tak dapat dipisahkan sifat malas itu. begitu setia kepada tuannya. melekat dua puluh empat per tujuh. 

ceh kekadang tidaklah begitu setia pun. ada juga sifat rajin itu menyelit datang tersipu malu. sang malas rasa tercabar tapi tetap menyambut sang rajin dengan hati terbuka.

 itu. . . ikhlas atau tidak, terpulanglah kepada tuannya, aku. hai. 

ya aku cemburu melihat mereka yang masih bersekolah tapi sudah ada tiket untuk menempa nama. aku pula masih lagi membongkok tiga. 

bangun hoi bangun berdiri tegak penuh keyakinan.

ready, get set, go! 



Saturday, November 2, 2013

Puas berak gitu

Assalamualaikum.



Ya, semalam hari paling dalam tekanan. aku cuba buang jauh-jauh perasaan tu tapi makin tertekan dek mak aku. mak berulang kali mengacu satu dua tiga soalan "macam mana result?", "dapat berapa pointer?". "naik ke turun?". aku elak dengan jawapan yang sama, "nanti nanti.". bukan "nanti nanti" tak nak beritahu tapi aku masih belum menyemak keputusan bagi semester tiga itu lagi. aku kecutkah? ya kecut kerana kehadiran perasaan hati menyatakan pointer aku turun. pointer tak penting pun sebenarnya, relax sudah. bisik seseorang. haha bangang kau, abah aku dah berhabis duit semata-mata dengan alatan seni aku yang entah aku pakai semuanya ke tidak. makanya, aku perlu balas dengan pointer yang baik lagi puas. puas berak gitu. kalau teran macam nak separuh mati tapi keluar tahi seciput, tak ke rasa bengang. sekurang-kurangnya 3.5 ke atas. baru adil sama abah aku. 

malam tu, abang telefon kakak. kring kring krong krong. "bila nak datang rumah?". begitulah kot soalannya. main agak. bukan aku dengar. tiada loudspeaker terpasang. haha heh. sebab aku tahu dari itu hari lagi nak bertandang ke rumah abang asyik ditunda ke esok hari. bukan esok tapi lusa. tulat dan sekiannya. malam tulah janji tertunai. janjilah sangat. tiada janji pun. sebelum tu, mak berbicara pendek memberi lagi satu tendangan tekanan, "nanti semak keputusan sebelum pergi rumah balong (abang aku yang pendek pendek tinggi tapi kacak macam Anuar Zain tulah)." tendangan mak masuk gol. aku tertekan lagi lalu aku membalas " ye mak ye! kejap lagi nak semak ni, mak sabarlah sikit." mak apa lagi, "kau kena ingat ni mak abah kau yang ada dekat sisi kau. mestilah mak abah nak tahu. ni, sabar sabar." setepek pulak kena. terdiam tiga empat saat. perbualan ini ketika berada di dalam kereta, baru pulang berjalan di Masjid India. mak mahu mengambil peluang keemasannya ketika bercuti lima hari ini. Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa. aku sebagai penggaya sukarela mak, dua blouse diragut. yang pasti sesuai untuk mak dan berbeza dengan blouse  yang sedia ada di rumah. rasanya kita sudah bercerita lain. kita? oh ok, aku. 


 "بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ". aku bukak inbox e-mail. tu dia dah nampak. belum tekan lagi mail tersebut, mata sudah terkebil-kebil. mata aku tak duduk diam, bermacam-macam ragam. siap pejam dan tangan melekat dekat skrin laptop. jeng jeng .. jenggggg . . jeng. HAHA HAAAAAAAAA. ok betul. pointer turun. terasa macam lif tiba-tiba tali terputus dan zuppppppp kebabom lif berkecai di tingkat paling bawah. paling penting, segala tekanan hilang lesap walaupun pointer jatuh tangga bergolek-golek tapi sempat berhenti sebelum jatuh ke lantai. alhamdullilah alhamdullilah terima kasih Ya Allah. tiada berlaku pengaliran air mata seperti biasa kecuali ketika keputusan UPSR dan PMR. emotional nak mampus tapi masing-masing ada cerita tersendiri. ah lantak, nangis tak nangis dalam hati siapa tahu. kan awak? eleh eleh. ahaks. oh, kemudian aku apa lagi, bersiap sedia nak berperang mulut dengan mak. akhirnya memberitahu mak dengan tenang. ceh amat bajet nak berperang mulut dengan mak pada awalnya. mak cakap itu ini, aku cakap ini itu. seolah-seolah tiada apa yang berlaku. hati terasa suam. maksud aku, lega.


tunggu. . abah! belum lega lagi! belum! aku cuma tunggu abah yang memulakan langkah dulu. ceh. saatnya tiba, "hmm macam mana result?dah dapat?". bertanya dengan lagak biasa tapi masih terasa getaran jiwa di situ. aura suara bekas tentera katakan. sama macam mak. abah cakap itu ini, aku cakap ini itu. biasa biasa sahaja. eh terasa sangsi buat seketika dengan pasangan sejoli ini. aha. mungkin mereka puas hati? kalau ya, mungkin tak sepenuhnya. aku tahu mereka mengharapkan yang lebih tinggi. Insyallah seterusnya nanti. bila tiba masanya, bum! wahahahahaha adakah tercapai? adakah? siapa tahu kan. budak-budak kelas aku, weh korang, haaa korang. macam kau orang baca je. aku harap kome semua punya keputusan baik-baik elok-elok kacak-kacak lawa-lawa. kakak aku bising apesal budak kelas aku masing-masing suka jahit mulut sekemas yang mungkin. semua diam seribu bahasa tiada siapa tahu keputusan kau apa keputusan aku apa. aku tak bising pun perihal tu, kakak aku yang keriyes. curious. tak apa, biar aku buka jahitan mulut kome semua naik semester empat nanti. heh. 

mak "tahniahhhh."
abah "alhamdullilahhhh."

terima kasih mak dan abah. saranghae. 



Friday, August 23, 2013

entah apa-apa

Assalamualaikum.

Aku masih belum kenal diri aku.
Kadang terfikir sampai beku.
Siapa aku? Siapa aku? Siapa aku?
Maka, aku sering tertanya-tanya kepada Tuhan yang satu.
Terasa hening  terasa pilu.
Tak dapat jawapan jitu.
Lidah terasa kelu.
aku.

entah apa-apa.

Aha tahi, esok dah Sabtu!
Bakal berlalu tersipu malu.
Mahu ke sana atau ke situ.
Aku bingung gitu.
Ahaks.

entah apa-apa.





Saturday, July 27, 2013

haha tu ah

Assalamualaikum.

yeahh wangiiiiii. duet den botingket-tingket. lemak gua berlapis-lapis. wangi wangi wangi! hmm gunalah bedak sejuk. ok iklan tamat.

tu ah, apa yang haha tu ah kan? tu ah aku pun tak pasti. tu ah kan. tu ah. tuah? tak selalu aku dapat tapi masih dapat. alhamdullilah. aha yeah. ok. dua hari lepas aku ada fikir hal ni. hal kecil mungkin? atau besar? atau lagi besar? atau besar besar besar? atau habuk je? kuman? kecil dari kuman? haha apa aku cakap ni.

macam yang kau orang tahu. siapa yang tahu je ah ok sayang intan payung pink renda renda. hmm aku kan belajar Seni Halus ataupun Fine Art, nama manjanya. iyerrrrkew? *tanya dengan nada comel taik langau*. ok sambung cerita asal. hmm ok. hmm ya. kadang-kadang aku fikir aku macam membazir masa. eh tak. macam diri aku kosong. semua segala isi tulang organ tak ada. eceh. tapi ya, ini benar. ewah. haha lalala. weh serius serius. aku , , , aku tak tahu tujuan sebenar aku dalam bidang Seni Halus ni. aku bagi contoh. contoh ok, contoh.  bila kelas Drawing, jiwa aku macam tak ada. tak hidup. macam jiwa aku mampus tepi jalan tak ada orang heran. eh? haha yeah istilahnya lebih kurang begitulah. Begitu jugalah aku pabila waktu kelas-kelas yang lain. ada masa aku rasa aku sekadar menyiapkan kerja hanya atas dasar 'asal siap'. serius tak kacak. walaupun tak semua masa aku rasa macam tu tapi keseluruhannya aku rasa macam tu. faham tak faham? aku je la yang faham ek. hihihi tiba-tiba haus. pukul tiga setengah pagi pulak kan. dan oleh sebab dasar 'asal siap', aku macam, macam, , , macam mana nak terangkan ek? mungkin rasa tipu diri sendiri? wahh mata dah kuyu ni. hmm mungkin juga rasa semua ini tak berbaloi? menyesal? eh jangan. eh entah la, memang semua serba tak kena semester tiga ni. ala baru sem tiga ek? apa sangat ek? belum masuk akhir semester pun lagi ek? kepala kotakmu! ni, aku! diri aku! aku! aku yang rasa! aku sorang je tahu! kau, kau! aku, aku! eh tiba-tiba naik angin. mata aku dah gatal nak tutup tirai. kejap tadi dah lelap. mamai mamai je aku taip ni. iyerrrrrrrrrrrrrrkewwww? *tanya dengan nada comel taik langau siri II* jalja! jom tidur! krohhhh *peluksuamikhayalan*.


Tuesday, April 9, 2013

Every rose has its thorn

Assalamualaikum.

Jam menunjukkan pukul 9:30 pagi. bermain jari di atas laptop keyboard. tersekat fikiran masih tidak tahu apa yang ingin ditaip. final exam telah lama terkubur. walhal baru tamat dua hari lepas. 07042013. tapi aku rasa macam dah dua tahun. mungkin sebab berseorangan di ruang kotak berdinding empat ini. terasa waktu telah berhenti buat selamanya. pandang sekeliling cari makanan. jumpa ini, makan. jumpa itu, makan. eh kenyang pulak. belum sepenuhnya. perut buncit amat bernafsu ketika ini, medambakan nasi putih berlaukkan ayam goreng. ahhhh. kawan sebilik pula pergi berjuang menjawab kertas peperiksaan. budak akaun. perkataan risau terpapar jelas pada mukanya. dimintanya untuk mendoakan semuanya dipermudahkan. Insyallah kau boleh, kawan. aku pula sedang bersenang lenang di atas katil sambil menaip ini cerita. keadaan di atas katil amat kritikal. bagaikan sarang tikus. sarang tikus pun masih menjaga tahap kebersihan agaknya. haha. longgokan baju. bekas plastik makanan ringan. beg. buku. kertas - kertas nota. selekehkah aku? kisah apa. kau tunggu, aku lawa nanti. tiba-tiba.

angkat panggilan mak. enak berbual. tiba-tiba panggilan abah masuk. eh sweetnya. dua - dua membuat panggilan dalam masa yang sama tetapi panggilan mak didahulukan. hee. dua - dua pun ada tanya soalan yang sama. "dah sarapan?". aku menjawah soalan yang sama. "dah, makan biskut jerrrrrr." dua - dua pun membalas ayat yang lebih kurang sama juga. "pergi la cari makan berat sikit." "ye ye, kejap lagi nak turun la ni, dekat bawah rumah umi tu ada jual lauk kejap lagi." lihat, betapa risaunya ibu bapa anda. kalau hati jenis halus mengalahkan benang, aku rasa air mata dah mencurah bagaikan air terjun. hingus pulak dikesatnya pada baju. baju menjadi mangsa keadaan. biasalah, pengganti terdekat selain tisu. ahaa. dan akhir perbualan ditamatkan dengan ayat "I love you." malu aku. malu. itu mak abah yang cakap. kalau Zico? boleh gila aku. boleh gila. oh kau tak tahu siapa Zico? bagus. kau minat Zico juga? jom lawan langkah zero point dulu. ehem aku serius ni. sewiyes sewiyes.

10:15 pagi. jari gatal. garu - garu. 10:17 pagi. tangan gatal. garu - garu. apa kes? oh ya masih belum bersiram. 10:19 pagi. kepala gatal. garu - garu. opss terjumpa kutu. ceh gurau je.

apakah semua ini. tiada kena mengena dengan tajuk.




Wednesday, January 2, 2013

biskut, susu

Assalamualaikum.

Good morning! today is the second day of 2013! haha. kenapa aku rasa teruja? sebab assignment Agama Islam belum siap. ahaaaaaa. hari ni nak hantar. baru siap suku. partner pun siap suku kot. gabungkan baru jadi setengah. hmm. sebenarnya kelas kitaorang minta tunda tarikh submit tapi ustaz tak benarkan. tak silap aku dan kawan-kawan yang lain rasa, ustaz ada maklumkan kalau kerja seni kitaorang belambak boleh runding. cehh. maksud aku ustaz akan bagi tempoh lama sikit la. jadi, kitaorang pun minta tunda tapi beliau kata sebaliknya pulak. tak seperti apa yang beliau cakap sebelum ni. mungkin lupa? mungkin kitaorang yang salah dengar? mungkin ada salah faham? haha entah la tapi serius memang banyak lukisan kitaorang kena buat. lebih kurang 50 lukisan atau lebih sikit. tunggu je la apa akan berlaku kelas agama pukul 10.30 pagi nanti.


aku rasa nak cakap macam ni dekat ustaz. huhu macam bran je.
*Crayon by G.Dragon*


tiba-tiba teringat nasi goreng ikan masin semalam. lama tak makan. this is one of my favourite food. kan syok dapat makan nasi goreng ikan masin ni lagi pagi-pagi ni tapi apakan daya daku hanya mengalas perut dengan beberapa keping biskut sama susu suam jewww. macam la sedih sangat kan. sekurang-kurangnya aku dapat makan juga kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih memerlukan biskut dan susu tu. kita patut bersyukur la kan, alhamdullilah duduk Malaysia ni masih ada keamanan, ketenteraman. dapat makan makanan baikkkk punya. ada juga yang tak bersyukur, membangkang memilih je kerja dia. tu tak kena, ni tak kena. semualah tak kena. cuba bayangkan kau tinggal dekat negara lain yang tak aman, tak tenteram, tak sempat makan lagi, hang dah melayang. faham tak? ceh aku bukan reti sangat sebenarnya cakap benda-benda macam ni. boleh la seciput. biasa-biasa. janji ada sikit mesej aku selitkan. ahaa. maaf kalau salah.


itu je kot nak bagi tahu? 
have a nice day with your friends and family.
hargai la masa yang ada. ini atas nasihat untuk diri aku juga.
*sambung buat agama*



Tuesday, January 1, 2013

pagi tahun baru

Assalamualaikum.

selamat pagi dunia! mulakan hidup anda dengan senyuman *senyum lebar*.

hari ni cuti sempena tahun baru 2013. so yeah kelas tak ada.  apa-apa pun assignment tetap kena jalan. satu hari je pun cuti. roomate pulak masih mengorok, berdengkur tapi ada jugak yang dah terbangun tapi sambung tidur balik. lagi pun masing-masing tidur lewat semalam. aku sorang semangat lebih. nak rasa pagi tahun baru. ceh. esok budak-budak dah mula sekolah. kan? ke lusa? ahh lantak ah. bukan aku sekolah lagi. huhu. rindu pulak zaman sekolah. setiap pagi ada perhimpunan. lepas tu boleh tengok kapal terbang lalu masa perhimpunan sekolah tu. macam jakun kan? padahal hari-hari tengok. entah, aku suka. aku rasa bukan aku sorang. ramai jugak yang pandang atas bila kapal terbang lalu. mungkin sebab bunyi bising dari kapal terbang tu macam menarik perhatian kitaorang kan. kalau aku sebab aku suka tengok kapal terbang tu lalu dalam awan, lepas tu tiba-tiba hilang. kejap lagi, muncul balik. macam magic. haha. lagi-lagi masa tu langit lawa sangat. dalam folder picture aku belambak gambar langit. aku suka.


ini salah satu gambar kapal terbang yang aku ada. tak berapa banyak gambar kapal terbang yang aku ada. kawasan rumah aku memang tempat laluan kapal terbang. hari-hari boleh tengok kalau rajin tengok luar tingkap. ahaa. gambar ni diambil tiga hari lepas. 28122012.  


 pagi ni minum susu. mak selalu pesan setiap pagi dan sebelum tidur bancuh susu. jangan harap bawak je lepas tu simpan terperap dalam almari makanan. setakat ni aku selalu bancuh belah pagi je. malam jarang. asyik terlupa. hee. itu pun sejak sorang roomate aku, Nur Aliah Yazid, pun selalu bancuh susu. kalau tak, jangan harap aku nak bancuh. selalu dekat rumah mak bancuhkan. kau ada rasa iri hati tak? lalala. who care orang cakap aku anak manja. sebenarnya dalam kelas aku, ada sorang mamat ni nama dia Husaini, digelar Itew atas sebab peristiwa tertentu. haha. dia ni anak mak. ada sekali tu,  kelas Bahasa Inggeris buat speaking. tajuk random. kena pilih dalam satu kotak ni. aku tak ingat kawan aku dapat tajuk apa tapi dia ada cerita tentang ibu dia. ada certain part tu agak sedih la. ada yang menangis. aku pun turut tergolong la. haha. dan tak sangka pulak si Itew ni mengalir air matanya jugak sebab nampak dia kesat air mata dia. jarang kan tengok lelaki macam tu. ada jugak sorang senior sekolah aku dulu pun macam tu. aku tak ingat masa perhimpunan sekolah tu cerita pasal apa tapi yang pasti berkaitan dengan ibu bapa. tiba-tiba senior aku tu bangun, melarikan diri pergi ke tandas. mungkin tak tahan sebak. aku macam. . . . tak tahu pulak nak terang macam mana. aku rasa macam "wow" bila tengok keadaan tu. lebih kurang la. lol.


dan pastinya beberapa keping biskut. nampak tak belakang biskut tu? roti Gardenia tu saje buat hiasan tambahan. hehe. baru macam feel sikit gambar tu kan. lagi-lagi ada ayat "Selamat Tahun Baru, Happy New Year 2013." 


gambar tambahan. jumpa dalam facebook. aku rasa macam comel gila. nak buat sendiri tapi tak reti lagi. ada beli bahan nak buat benda benda ni tapi tersimpan dalam laci dekat rumah. haha.

ok itu sahaja untuk hari ni. sebenarnya aku rancang nak pergi joging pagi ni tapi tak jadi. sejak dari semester lepas lagi tak jadi. lagi-lagi bila roomate pun bangun lambat. aku pun macam malas dan rasa kesian nak kejutkan. penat kan. tidur lewat malam tadi. rasanya bukan malam tadi je. setiap hari pun lewat. biasa la tu pelajar Art and Design. alright gtg.



mari jemput 2013

Assalamualaikum.

semalam tidur kejap pukul 10 malam. bangun pukul 11 malam. tunggu punya tunggu, tak lama lepas tu, sorang roomate aku, Ika "eh lagi tiga minit pukul 12". 3 minit, 2 minit, 1 minit dan akhirnya pukul 12 malam. eh dah masuk 2013. Alhamdulillah. budak-budak level aku pulak bising "kita dah 19 tahun!" hahahahahahahahahahaha. weh kau percaya tak? percaya tak? aku percaya. "I believe I can fly." wait! aku tak percaya! aku? 19 tahun? puahahahahahahahaha. bak kata abah "anak abah ni macam 18 bulan". 18 bulan wehh. abah kau ada cakap macam tu dekat kau tak? tak ada kan? ahakssss. nampak tak aku ni terlalu awet muda? maaf terlalu perasan. wahahaha. sebenarnya sebab perangai aku kot. aku bila balik rumah jadi macam budak tadika. abah selalu ejek aku 18 bulan. abah, kalau perangai saya betul-betul 18 bulan, saya tak reti nak hidup berdikari dekat UITM, Lendu, Melaka. saya mesti merengek nak mak abah. saya mesti nak balik rumah setiap saat. melebih gila setiap saat. tapi, semua tu tak. aku boleh jaga diri dekat sini walaupun abah selalu cakap aku ni 18 bulan. sekarang ni, apa yang aku nak. aku nak dengar abah aku cakap "anak abah ni dah 19 bulan." muahahahahahahahahahaha. suka pulak aku. kau faham tak? bila aku balik rumah dan buat perangai budak tadika tu, kira aku nak bermanja la dengan mak abah bila balik rumah. hee. aku rasa korang pun buat macam tu kan! walaupun bukan semua. haha.

haihhh sebab tu la abah selalu cakap umur aku ni masih bulan-bulan tapi tak apa, aku memangggggg suka. hoho.

oh ya. aku harap azam baru aku dapat dilaksanakan dengan lancar. itu pun atas usaha aku kan. kalau perangai malas tak ubah, apa pun tak boleh. sampai ke tahun depan lagi tahun depan, azam yang nak dilaksanakan tu tak menjadi. In Sya Allah aku dan kawan-kawan aku boleh! Malaysia boleh! *kibar bendera Malaysia*. semangat sungguh. haha.

zzz tak tahu nak taip apa dah. mata pun dah kuyu. so. . .


selamat ber-dua-tiga-belas tahun. 
peace no war.