Assalamualaikum.
Sudah cecah 19 tahun, masih belum bangun. berapa lama lagi hanya mahu duduk membongkok tiga dan lihat kerjaya orang lain?
bangun hoi bangun. jangan malas walaupun tak dapat dipisahkan sifat malas itu. begitu setia kepada tuannya. melekat dua puluh empat per tujuh.
ceh kekadang tidaklah begitu setia pun. ada juga sifat rajin itu menyelit datang tersipu malu. sang malas rasa tercabar tapi tetap menyambut sang rajin dengan hati terbuka.
itu. . . ikhlas atau tidak, terpulanglah kepada tuannya, aku. hai.
ya aku cemburu melihat mereka yang masih bersekolah tapi sudah ada tiket untuk menempa nama. aku pula masih lagi membongkok tiga.
bangun hoi bangun berdiri tegak penuh keyakinan.
ready, get set, go!
No comments:
Post a Comment