Tuesday, January 1, 2013

pagi tahun baru

Assalamualaikum.

selamat pagi dunia! mulakan hidup anda dengan senyuman *senyum lebar*.

hari ni cuti sempena tahun baru 2013. so yeah kelas tak ada.  apa-apa pun assignment tetap kena jalan. satu hari je pun cuti. roomate pulak masih mengorok, berdengkur tapi ada jugak yang dah terbangun tapi sambung tidur balik. lagi pun masing-masing tidur lewat semalam. aku sorang semangat lebih. nak rasa pagi tahun baru. ceh. esok budak-budak dah mula sekolah. kan? ke lusa? ahh lantak ah. bukan aku sekolah lagi. huhu. rindu pulak zaman sekolah. setiap pagi ada perhimpunan. lepas tu boleh tengok kapal terbang lalu masa perhimpunan sekolah tu. macam jakun kan? padahal hari-hari tengok. entah, aku suka. aku rasa bukan aku sorang. ramai jugak yang pandang atas bila kapal terbang lalu. mungkin sebab bunyi bising dari kapal terbang tu macam menarik perhatian kitaorang kan. kalau aku sebab aku suka tengok kapal terbang tu lalu dalam awan, lepas tu tiba-tiba hilang. kejap lagi, muncul balik. macam magic. haha. lagi-lagi masa tu langit lawa sangat. dalam folder picture aku belambak gambar langit. aku suka.


ini salah satu gambar kapal terbang yang aku ada. tak berapa banyak gambar kapal terbang yang aku ada. kawasan rumah aku memang tempat laluan kapal terbang. hari-hari boleh tengok kalau rajin tengok luar tingkap. ahaa. gambar ni diambil tiga hari lepas. 28122012.  


 pagi ni minum susu. mak selalu pesan setiap pagi dan sebelum tidur bancuh susu. jangan harap bawak je lepas tu simpan terperap dalam almari makanan. setakat ni aku selalu bancuh belah pagi je. malam jarang. asyik terlupa. hee. itu pun sejak sorang roomate aku, Nur Aliah Yazid, pun selalu bancuh susu. kalau tak, jangan harap aku nak bancuh. selalu dekat rumah mak bancuhkan. kau ada rasa iri hati tak? lalala. who care orang cakap aku anak manja. sebenarnya dalam kelas aku, ada sorang mamat ni nama dia Husaini, digelar Itew atas sebab peristiwa tertentu. haha. dia ni anak mak. ada sekali tu,  kelas Bahasa Inggeris buat speaking. tajuk random. kena pilih dalam satu kotak ni. aku tak ingat kawan aku dapat tajuk apa tapi dia ada cerita tentang ibu dia. ada certain part tu agak sedih la. ada yang menangis. aku pun turut tergolong la. haha. dan tak sangka pulak si Itew ni mengalir air matanya jugak sebab nampak dia kesat air mata dia. jarang kan tengok lelaki macam tu. ada jugak sorang senior sekolah aku dulu pun macam tu. aku tak ingat masa perhimpunan sekolah tu cerita pasal apa tapi yang pasti berkaitan dengan ibu bapa. tiba-tiba senior aku tu bangun, melarikan diri pergi ke tandas. mungkin tak tahan sebak. aku macam. . . . tak tahu pulak nak terang macam mana. aku rasa macam "wow" bila tengok keadaan tu. lebih kurang la. lol.


dan pastinya beberapa keping biskut. nampak tak belakang biskut tu? roti Gardenia tu saje buat hiasan tambahan. hehe. baru macam feel sikit gambar tu kan. lagi-lagi ada ayat "Selamat Tahun Baru, Happy New Year 2013." 


gambar tambahan. jumpa dalam facebook. aku rasa macam comel gila. nak buat sendiri tapi tak reti lagi. ada beli bahan nak buat benda benda ni tapi tersimpan dalam laci dekat rumah. haha.

ok itu sahaja untuk hari ni. sebenarnya aku rancang nak pergi joging pagi ni tapi tak jadi. sejak dari semester lepas lagi tak jadi. lagi-lagi bila roomate pun bangun lambat. aku pun macam malas dan rasa kesian nak kejutkan. penat kan. tidur lewat malam tadi. rasanya bukan malam tadi je. setiap hari pun lewat. biasa la tu pelajar Art and Design. alright gtg.



No comments:

Post a Comment