Ya, semalam hari paling dalam tekanan. aku cuba buang jauh-jauh perasaan tu tapi makin tertekan dek mak aku. mak berulang kali mengacu satu dua tiga soalan "macam mana result?", "dapat berapa pointer?". "naik ke turun?". aku elak dengan jawapan yang sama, "nanti nanti.". bukan "nanti nanti" tak nak beritahu tapi aku masih belum menyemak keputusan bagi semester tiga itu lagi. aku kecutkah? ya kecut kerana kehadiran perasaan hati menyatakan pointer aku turun. pointer tak penting pun sebenarnya, relax sudah. bisik seseorang. haha bangang kau, abah aku dah berhabis duit semata-mata dengan alatan seni aku yang entah aku pakai semuanya ke tidak. makanya, aku perlu balas dengan pointer yang baik lagi puas. puas berak gitu. kalau teran macam nak separuh mati tapi keluar tahi seciput, tak ke rasa bengang. sekurang-kurangnya 3.5 ke atas. baru adil sama abah aku.
malam tu, abang telefon kakak. kring kring krong krong. "bila nak datang rumah?". begitulah kot soalannya. main agak. bukan aku dengar. tiada loudspeaker terpasang. haha heh. sebab aku tahu dari itu hari lagi nak bertandang ke rumah abang asyik ditunda ke esok hari. bukan esok tapi lusa. tulat dan sekiannya. malam tulah janji tertunai. janjilah sangat. tiada janji pun. sebelum tu, mak berbicara pendek memberi lagi satu tendangan tekanan, "nanti semak keputusan sebelum pergi rumah balong (abang aku yang pendek pendek tinggi tapi kacak macam Anuar Zain tulah)." tendangan mak masuk gol. aku tertekan lagi lalu aku membalas " ye mak ye! kejap lagi nak semak ni, mak sabarlah sikit." mak apa lagi, "kau kena ingat ni mak abah kau yang ada dekat sisi kau. mestilah mak abah nak tahu. ni, sabar sabar." setepek pulak kena. terdiam tiga empat saat. perbualan ini ketika berada di dalam kereta, baru pulang berjalan di Masjid India. mak mahu mengambil peluang keemasannya ketika bercuti lima hari ini. Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa. aku sebagai penggaya sukarela mak, dua blouse diragut. yang pasti sesuai untuk mak dan berbeza dengan blouse yang sedia ada di rumah. rasanya kita sudah bercerita lain. kita? oh ok, aku.
"بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ". aku bukak inbox e-mail. tu dia dah nampak. belum tekan lagi mail tersebut, mata sudah terkebil-kebil. mata aku tak duduk diam, bermacam-macam ragam. siap pejam dan tangan melekat dekat skrin laptop. jeng jeng .. jenggggg . . jeng. HAHA HAAAAAAAAA. ok betul. pointer turun. terasa macam lif tiba-tiba tali terputus dan zuppppppp kebabom lif berkecai di tingkat paling bawah. paling penting, segala tekanan hilang lesap walaupun pointer jatuh tangga bergolek-golek tapi sempat berhenti sebelum jatuh ke lantai. alhamdullilah alhamdullilah terima kasih Ya Allah. tiada berlaku pengaliran air mata seperti biasa kecuali ketika keputusan UPSR dan PMR. emotional nak mampus tapi masing-masing ada cerita tersendiri. ah lantak, nangis tak nangis dalam hati siapa tahu. kan awak? eleh eleh. ahaks. oh, kemudian aku apa lagi, bersiap sedia nak berperang mulut dengan mak. akhirnya memberitahu mak dengan tenang. ceh amat bajet nak berperang mulut dengan mak pada awalnya. mak cakap itu ini, aku cakap ini itu. seolah-seolah tiada apa yang berlaku. hati terasa suam. maksud aku, lega.
tunggu. . abah! belum lega lagi! belum! aku cuma tunggu abah yang memulakan langkah dulu. ceh. saatnya tiba, "hmm macam mana result?dah dapat?". bertanya dengan lagak biasa tapi masih terasa getaran jiwa di situ. aura suara bekas tentera katakan. sama macam mak. abah cakap itu ini, aku cakap ini itu. biasa biasa sahaja. eh terasa sangsi buat seketika dengan pasangan sejoli ini. aha. mungkin mereka puas hati? kalau ya, mungkin tak sepenuhnya. aku tahu mereka mengharapkan yang lebih tinggi. Insyallah seterusnya nanti. bila tiba masanya, bum! wahahahahaha adakah tercapai? adakah? siapa tahu kan. budak-budak kelas aku, weh korang, haaa korang. macam kau orang baca je. aku harap kome semua punya keputusan baik-baik elok-elok kacak-kacak lawa-lawa. kakak aku bising apesal budak kelas aku masing-masing suka jahit mulut sekemas yang mungkin. semua diam seribu bahasa tiada siapa tahu keputusan kau apa keputusan aku apa. aku tak bising pun perihal tu, kakak aku yang keriyes. curious. tak apa, biar aku buka jahitan mulut kome semua naik semester empat nanti. heh.
mak "tahniahhhh."
abah "alhamdullilahhhh."
terima kasih mak dan abah. saranghae.
No comments:
Post a Comment