Wednesday, September 28, 2011

markah addmath

Assalamualaikum.

syukur hari ini aku masih bernafas dan hari Rabu bosan. bosan dan bosan. aku pergi sekolah bosan. duduk terlentang dekat rumah berganda bosan. agaknya lah. padahal duduk rumah menghadap laptop, on internet dan memulakan misi di facebook. misi tahi. kalau tak menghadap laptop, tv menjadi mangsa. tapi bosan-bosan dekat sekolah aku masih tertawa melihat telatah kawan-kawan aku. ada yang comel. ada yang cool. ada yang hensem macam aku. ada yang lawak. ada yang teruja. bila ada yang teruja yang sebelah lagi muka mencuka. aku rasa aku dah hampir masuk tajuk. kau tak rasa? sila baca dari titik permulaan sehingga kau rasa. bukan rasa makanan. rasa perasaan itu. perasaan yang aku dah memulakan tajuk. haha siut ni.

dan jyeah hari ni aku dapat markah Matematik Tambahan. siapa yang tak teruja? aku la yang tak teruja tu. tengah sedap melayan lagu Korea yang didendangkan sendiri oleh empunya blog ini, tiba-tiba seorang manusia bertubuh ramping lengkap berbaju kurung berjalan masuk ke kelas kami sambil tangannya yang mulus memegang erat kertas misteri itu. sangat misteri sehingga sebahagian penduduk lima Akaun satu kelihatan teruja tak termasuk aku. aku hanya duduk bersandar di atas kerusi biru yang rapuh dan usang sambil menunggu nama Nabilah Sawal dipanggil keluar. aku yang tak teruja ni tiba-tiba bangkit. bangkit dengan gagah ke depan. ke meja cikgu. Alhamdullilah, aku lah antara pelajar lima Akaun satu yang tergolong dalam empat belas orang yang lulus itu. walaupun aku lulus aku sangat-sangat lah tak teruja. kenapa selalu tak teruja? aku rasa aku tak ada perasaan teruja tu. entah la. pedulilah dengan perasaan teruja. lebih utama dan penting sekarang adalah aku. maksud aku markah Matematik Tambahan aku dah lulus. markah lulus aku tidaklah segempak mana. setakat lulus ala-ala kadar buat apa. empat puluh lima peratus je. aku nak lapan puluh peratus yang dulu. ketika aku mula-mula mengenali isi hati subjek Matematik Tambahan. gila nikmat dapat lapan puluh untuk subjek Matematik Tambahan. kelihatan agak melampau bagi orang sekeliling aku yang tak puas hati. kau tahu tak sebab apa aku boleh capai lapan puluh? sebab hanya bab satu je yang masuk. peace.

*akaun tak gagal, addmath gagal. addmath tak gagal akaun gagal. babun seh.


Tuesday, September 27, 2011

trial spm habis

Assalamualaikum.

Selasa. hari ini hari Selasa. hari Selasa hari terakhir peperiksaan percubaan SPM. kertas Prinsip Perakaunan kertas yang terakhir. sebelum hari Selasa, hari Isnin. hari Isnin kertas Pendidikan Seni Visual. Aku nak bagi tahu yang aku merelakan akaun aku gagal. aku hanya memandang dengan hensem terhadap subjek seni. akaun langsung sikit tak pandang apatah lagi nak jeling gedik. maaf brohh. oh semalam kertas satu Pendidikan Seni Visual langsung aku hentam mati-mati walaupun masa tu aku jawab dengan muka serius dan hensem. sikit-sikit nak hensem. kertas dua aku pilih soalan yang aku rasa agak kacang dan sukar. lebih kurang lima puluh lima puluh. masa yang diberi tiga jam. lama tak lama. bagi aku memang tak cukup. satu saat yang aku rasa baru berlalu rupanya dah hampir satu jam. aku dah kata tiga jam tak cukup untuk aku. paling hebat bila budak seni yang lain sempat jalan-jalan teropong hasil lukisan orang lain termasuk mengintai lukisan aku. tak ke hairan. nanti SPM sebenar dibenarkan ke buat begini? jalan sana sini? ceh padahal aku sendiri pun mula terpengaruh. sambil mata menjengah cikgu di depan yang tengah selesa tidur, aku terus mengikut jejak yang lain. aku berjalan sana sini melihat hasil lukisan yang lain. ada yang 'wow' ada yang 'booo'. kejap, cikgu tadi dia mengelamun tak tidur pun. dua minit kemudian, aku sambung semula mewarna. makin lama makin cantik tiba-tiba makin lama makin buruk. wakluu la kan. sebab masa tinggal setengah jam. kau rasa macam sempat lagi. aku rasa tak sempat. masih banyak lagi celah-celah yang tak diwarnakan. masih kelihatan warna asli kertas lukisan. masa yang singkat ni buat aku gelabah. bila gelabah semua kerja rosak. bila rosak minta putus dengan teman lelaki. haha memang tak kelakar. masa hampir tamat. garisan akhir yang kabur-kabur makin kelihatan. aku makin naik gila. lagi gila bila dah macam sampah hasil lukisan aku. keji tak keji aku gelar itu sampah. itu lah padahnya tak pernah berlatih merwarna menggunakan warna air. bukan jarang nak berlatih tapi tak pernah. hidup tak sistematik langsung. hari-hari balik sekolah terus berfesbuk. aku sedar tu bukan tak sedar tapi ada yang terus menggoda aku untuk berfesbuk. siapa kaki goda tersebut kau fikir sendiri. dan akhirnya lukisan aku siap dengan perasaan tidak puas hati. aku benci perasaan tu. kita tunggu dan lihat keputusan markah lukisan yang dihasilkan oleh aku itu. yakin hampeh. mak beli cili sos, adios.

*sikap pemalas aku semakin parah sejak dewasa ni. dewasa lah kononnya.


Saturday, September 24, 2011

kawan yang 'sejuk'

kawan yang 'sejuk' akan mencari tishu apabila kawannya sedang menangis sambil hingus meleleh melekat dekat kertas peperiksaan.

maksud aku begini. dipendekkan cerita. keadaan di dalam kelas.

kawan A sedang memujuk kawan B. "weh kau kenapa ni?"

"tak ada apa. aku nak tishu je." kawan B balas sambil menekup mukanya di atas meja yang penuh dengan kertas termasuklah kertas peperiksaan itu.

".........................................." *maaf aku tak ingat keseluruhan cerita.

minit ke berapa entah telah hilang dek dimakan masa.

dalam hati kawan B "mana?mana tishu?aku perlukan tishu. tak ada siapa nak carikan ke. kalau tak ada pun, tolong la beli dekat koperasi. kalau aku adalah kau, aku dah lama kejar ke koperasi nak beli tishu."

hampir satu jam telah berlalu mungkin. 

"mampus hingus aku dah banyak melekat dekat kertas ni. tolong la aku perlukan tishu. malu bodoh nak angkat muka dengan keadaan macam ni." kawan B berbisik sendirian.

waktu rehat telah tiba.

akhirnya semua mengangkat kaki ke kantin dan tiada siapa yang menghulurkan bantuan. bantuan tishu itu. tinggallah si kawan B seorang diri lalu dia mengambil kesempatan ini dengan mengesat hidungnya dengan menggunakan lengan baju. alangkah nikmatnya.

lima minit kemudian. kedengaran seretan-seretan kasut sekolah yang kononnya putih lagi suci melepasi pintu kelas kawan B. menandakan rakan sekelas kawan B telah tamat berjuang menempuh pelbagai rintangan untuk merebut membeli makanan di kantin sekolah.

"yes nasib baik aku sempat kesat hingus tadi." kawan B terasa bangga dalam hati.

apa yang nak dibanggakan entah tetapi jauh di dalam lubuk hatinya, kawan B masih memikirkan perihal tishu walaupun kes hingusnya sudah selesai. telah selamat dikunci kesnya. dengan bantuan lengan baju. ye terima kasih lengan baju. 

walaupun begitu, kawan B tahu bahawa lengan baju terasa seksa ya amat pabila hingus itu mengalir melekit di atas badannya. maaf lengan baju kerana berasa geli. 

maka the end lah cerita ini.

*kisah benar 23092011.



Tuesday, September 20, 2011

terbukti bodoh

Ini sepatutnya entry semalam. jadi, anggaplah hari ini hari Isnin.

Assalamualaikum. hari ni aku tak tahu hari ke berapa aku menduduki peperiksaan percubaan SPM. peduli apa dan hari ni hari yang paling malang sekali sepanjang aku menduduki peperiksaan. terasa diri ni memang bodoh. kau tahu tak bodoh? kalau tak tahu maknanya kau bodoh. jangan nak terasa. aku tak pernah terduga benda ni jadi dekat aku. lansung tak. tak terlintas dekat fikiran mahupun melintas jalan. k gurau je. aku rasa macam nak menangis kau tahu. sebenarnya memang dah menangis. aku menangis ayu-ayu sambil menekup muka. kalau boleh nak meraung-raung tapi nanti malu la muka aku yang hensem ni. benda malang ni berlaku selepas aku menjawab kertas peperiksaan Sains satu. ye kertas satu. soalan objektif yang kau suka jawab tembak-tembak tu. tuan punya kandang KONUTA ni pun dua kali lima bahagi lima kali dua suka jawab macam tu. nampak sangat la setuupid.

tengah syiokkk bulat-bulatkan jawapan, akhirnya aku tiba di perhentian terakhir iaitu soalan terakhir. hihi. aku dengan gelabah terus tengok jam yang tengah seronok bergayut dekat dinding. pehh banyak lagi masa. lagi setengah jam. tiba-tiba terasa diri macam hakim yang bijaksana. boleh la aku semak balik soalan yang aku tak pasti jawapannya. semak punya semak, eh tinggal lagi tiga minit je dan tettttt satu jam lima minit yang berharga telah berlalu pergi dengan jelingan kejam. aku pun menghantar kertas jawapan bertindihkan kertas soalan dengan keyakinan yang tinggi. memang tak boleh nak blah la yang aku yakin. lepas hantar kertas Sains ni la benda malang tu berlaku. rasa camtakbest nak cerita sebab memang terbukti kebodohan aku dekat situ. orang kata tak baik cakap diri sendiri bodoh tapi memang terserlah kot kebodohan tu. kalau ada budak sombong pandai dekat situ memang terus tunding jari dekat aku sambil cakap, jap gelak dulu " hahaha dasar bodoh". aku cakap kalau. nasib baik tak ada. kawan sekelas aku, Fadhilah Comot pun terkejut. tak pernah terjadi. sekarang nahhhhhhh dah kena memang tak boleh nak patah balik. hidup ni bukan ada button backspace. alangkah tak indahnya hari Isnin aku yang bertarikhkan 19092011. tidak begitu menawan tarikhnya. mungkin ini ada kaitan dengan benda malang yang berlaku tu. kurang asam, suka hati aku tuduh tarikh. dan kertas Sains dua agak payah. aku rasa kertas dua tak dapat cover benda malang tu. ahhhhhhhhhhhhhh!

aku dah fikir masak-masak tak jadi cerita benda malang tu tapi aku dah fikir nak masak air. k gurau lagi. biarlah benda malang tu hanya aku dan rakan sekelas aku je yang tahu. biarlah benda malang tu terkubur dengan sendirinya. biarlah benda malang tu hilang tanpa jejak. biarlah dan biarlah. kalau nak tahu tegur la iteww dekat laman mukabuku. haha cambangang. oh nanti aku dah berumur duwopuloh ke atas, aku nak baca balik entry ni. aku nak gelak dekat diri sendiri. aku rasa masa tu memang aku terbukti bodoh. makan keuw teow dengan sudu, gua chow dulu. bai.

maaf banyak perkataan bodoh. biarlah, macam kau tak pernah cakap.

*hari ini hidup malang, esok pulang cemerlang, gemilang, terbilang*