Wednesday, November 6, 2013

Aeon dan pasar

Assalamualaikum.



sudah berkali-kali ke sini. satu kali, dua kali, tiga kali dan seterusnya. hari ni pergi lagi, Aeon, Rawang. rasa muak mula membangkit tapi masih pergi. ini saje yang paling dekat dari rumah. nasib baik panggung wayang dihidupkan. itu saje yang paling syok, mungkin. atau. . oh, tempat permainan token. itu syok juga. hihik. aku masih ingat lagi satu peristiwa sebelum Aeon, Rawang ni dibuka. kami budak lepasan SPM 94 yang batak mencari kerja mengambil peluang mencari kerja sambilan di sini. tak tahulah orang lain batak ke tak. haha mungkin aku je kot. aha. perasaan teruja itu membuak-buak pabila mendengar terdapat pusat boling di sini. aku dan askar-askar aku. ceh askar sangat. aku dan tiga empat member mecari pusat boling tersebut. pusing punya pusing tak jumpa. aku heran lalu aku bertanya staf yang sedang bertugas. rupanya pusat boling tersebut tidaklah wujud. macam bangang malunya aku. siapalah yang yakin sangat kata dekat aku memang ada pusat boling. cis. kisahnya begitulah. tidak dramatik macam kau sangkakan. akhirnya sampai ke sudah aku tak kerja pun sampai dah masuk UiTM. tak berhenti takat tu je, angan-angan untuk mencari kerja sambilan masih kuat. kononnya asal cuti semester je nak kerja tapi misi tersekat macam longkang tersumbat. lain kalilah. itu saje ayat yang mampu diulang. sampai bila . . . itu tunggu bila aku dah korek sampah dekat longkang tersumbat tulah.



nampak tak 'Little Taiwan'? aku, kakak pertama dan kakak kedua makan di restoran tersebut. dalam banyak-banyak restoran yang ada dekat Aeon, Rawang tu, kami memilih Little Taiwan disebabkan kakak pertama mengidam untuk makan di situ sejak . . . entahlah bila bukan aku ingat. lepas pilih makanan apa aku nak melantak aku lukislah sikit. lukis comel-comel. hihik. memesan makanan yang ber-set agak sedikit timbul rasa menyesal. ruang perut makin sempit. dari luar nampak buncit. amboi. gitu-gitu pun kami bertiga yang cantik ini tetap menghabiskan makanan tersebut secara rela. rela ye. kembali kepada perkataan 'cantik' janganlah kau rasa menyampah. bukan kami bertiga saje cantik. kau yang itu, kau yang sana, kau yang situ semualah cantik. 

Macam cantik je, macam comel je, semua ciptaan Allah.
Macam cantik je, macam comel je, segala pujian kembali pada-Nya.
Macam cantik je, macam comel je, indahnya Tuhan ciptakan kita.
Macam cantik je, macam comel je, ajaibnya alam semesta. 

- Saudara Amar.


nampak tak yang ada lori tu? sebenarnya hari ni ada pasar malam. kakak pertama yang ingatkan. aku tak teringat pula. hm. oh lepas makan kami pergilah ke pasar malam. ronda-ronda di situ ke berapa kali pun aku tak kira. mencari sesuatu untuk dilahap ini malam. sesudah beli makanan di pasar tiba-tiba mak membuat panggilan kepada kakak pertama. mak memerintah (memesan, lebih lembut) untuk membelikan mak ini itu ini itu. ini itu ini itu, akhirnya hanya suruh membeli ikan tenggiri. sedang menunggu kakak memilih ikan tenggiri yang seksi itu, aku memandang (usha, lebih tepat) seseorang di belakang sana. remaja lelaki muda bergetah. lol. dia sedang menyembelih ikan. eh menyiang ikan berdekatan dengan lori tu. aku bercakap dalam hati, hmm bagus depa ni, muda-muda macam tu tolong mak ayah berniaga di pasar, hmm bagus. bukan dia je, ada lagi beberapa orang yang sebaya dia tolong mak ayah berniaga. yang paling tertarik bumbum kawkaw di mata aku, budak apam balik, budak yong tau foo dan yang terbaru budak siang ikan tadi tu. aku pun tak tahu kenapa aku cerita benda ni. hahahahahahahahahaha aku suka memerhati. haaaa jaga-jaga kome semua. aku perhati bukan apa, cuma nak jadikan bahan rujukan menghasilkan watak lukisan yang baru walaupun aku tidaklah hebat menghasilkan lukisan figura. masih terkial-kial lagi. aku lebih kepada lukisan landskap. 



bangun hoi bangun

Assalamualaikum.

Sudah cecah 19 tahun, masih belum bangun. berapa lama lagi hanya mahu duduk membongkok tiga dan lihat kerjaya orang lain? 

bangun hoi bangun. jangan malas walaupun tak dapat dipisahkan sifat malas itu. begitu setia kepada tuannya. melekat dua puluh empat per tujuh. 

ceh kekadang tidaklah begitu setia pun. ada juga sifat rajin itu menyelit datang tersipu malu. sang malas rasa tercabar tapi tetap menyambut sang rajin dengan hati terbuka.

 itu. . . ikhlas atau tidak, terpulanglah kepada tuannya, aku. hai. 

ya aku cemburu melihat mereka yang masih bersekolah tapi sudah ada tiket untuk menempa nama. aku pula masih lagi membongkok tiga. 

bangun hoi bangun berdiri tegak penuh keyakinan.

ready, get set, go! 



Saturday, November 2, 2013

Puas berak gitu

Assalamualaikum.



Ya, semalam hari paling dalam tekanan. aku cuba buang jauh-jauh perasaan tu tapi makin tertekan dek mak aku. mak berulang kali mengacu satu dua tiga soalan "macam mana result?", "dapat berapa pointer?". "naik ke turun?". aku elak dengan jawapan yang sama, "nanti nanti.". bukan "nanti nanti" tak nak beritahu tapi aku masih belum menyemak keputusan bagi semester tiga itu lagi. aku kecutkah? ya kecut kerana kehadiran perasaan hati menyatakan pointer aku turun. pointer tak penting pun sebenarnya, relax sudah. bisik seseorang. haha bangang kau, abah aku dah berhabis duit semata-mata dengan alatan seni aku yang entah aku pakai semuanya ke tidak. makanya, aku perlu balas dengan pointer yang baik lagi puas. puas berak gitu. kalau teran macam nak separuh mati tapi keluar tahi seciput, tak ke rasa bengang. sekurang-kurangnya 3.5 ke atas. baru adil sama abah aku. 

malam tu, abang telefon kakak. kring kring krong krong. "bila nak datang rumah?". begitulah kot soalannya. main agak. bukan aku dengar. tiada loudspeaker terpasang. haha heh. sebab aku tahu dari itu hari lagi nak bertandang ke rumah abang asyik ditunda ke esok hari. bukan esok tapi lusa. tulat dan sekiannya. malam tulah janji tertunai. janjilah sangat. tiada janji pun. sebelum tu, mak berbicara pendek memberi lagi satu tendangan tekanan, "nanti semak keputusan sebelum pergi rumah balong (abang aku yang pendek pendek tinggi tapi kacak macam Anuar Zain tulah)." tendangan mak masuk gol. aku tertekan lagi lalu aku membalas " ye mak ye! kejap lagi nak semak ni, mak sabarlah sikit." mak apa lagi, "kau kena ingat ni mak abah kau yang ada dekat sisi kau. mestilah mak abah nak tahu. ni, sabar sabar." setepek pulak kena. terdiam tiga empat saat. perbualan ini ketika berada di dalam kereta, baru pulang berjalan di Masjid India. mak mahu mengambil peluang keemasannya ketika bercuti lima hari ini. Jumaat, Sabtu, Ahad, Isnin dan Selasa. aku sebagai penggaya sukarela mak, dua blouse diragut. yang pasti sesuai untuk mak dan berbeza dengan blouse  yang sedia ada di rumah. rasanya kita sudah bercerita lain. kita? oh ok, aku. 


 "بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم ". aku bukak inbox e-mail. tu dia dah nampak. belum tekan lagi mail tersebut, mata sudah terkebil-kebil. mata aku tak duduk diam, bermacam-macam ragam. siap pejam dan tangan melekat dekat skrin laptop. jeng jeng .. jenggggg . . jeng. HAHA HAAAAAAAAA. ok betul. pointer turun. terasa macam lif tiba-tiba tali terputus dan zuppppppp kebabom lif berkecai di tingkat paling bawah. paling penting, segala tekanan hilang lesap walaupun pointer jatuh tangga bergolek-golek tapi sempat berhenti sebelum jatuh ke lantai. alhamdullilah alhamdullilah terima kasih Ya Allah. tiada berlaku pengaliran air mata seperti biasa kecuali ketika keputusan UPSR dan PMR. emotional nak mampus tapi masing-masing ada cerita tersendiri. ah lantak, nangis tak nangis dalam hati siapa tahu. kan awak? eleh eleh. ahaks. oh, kemudian aku apa lagi, bersiap sedia nak berperang mulut dengan mak. akhirnya memberitahu mak dengan tenang. ceh amat bajet nak berperang mulut dengan mak pada awalnya. mak cakap itu ini, aku cakap ini itu. seolah-seolah tiada apa yang berlaku. hati terasa suam. maksud aku, lega.


tunggu. . abah! belum lega lagi! belum! aku cuma tunggu abah yang memulakan langkah dulu. ceh. saatnya tiba, "hmm macam mana result?dah dapat?". bertanya dengan lagak biasa tapi masih terasa getaran jiwa di situ. aura suara bekas tentera katakan. sama macam mak. abah cakap itu ini, aku cakap ini itu. biasa biasa sahaja. eh terasa sangsi buat seketika dengan pasangan sejoli ini. aha. mungkin mereka puas hati? kalau ya, mungkin tak sepenuhnya. aku tahu mereka mengharapkan yang lebih tinggi. Insyallah seterusnya nanti. bila tiba masanya, bum! wahahahahaha adakah tercapai? adakah? siapa tahu kan. budak-budak kelas aku, weh korang, haaa korang. macam kau orang baca je. aku harap kome semua punya keputusan baik-baik elok-elok kacak-kacak lawa-lawa. kakak aku bising apesal budak kelas aku masing-masing suka jahit mulut sekemas yang mungkin. semua diam seribu bahasa tiada siapa tahu keputusan kau apa keputusan aku apa. aku tak bising pun perihal tu, kakak aku yang keriyes. curious. tak apa, biar aku buka jahitan mulut kome semua naik semester empat nanti. heh. 

mak "tahniahhhh."
abah "alhamdullilahhhh."

terima kasih mak dan abah. saranghae.