Wednesday, January 2, 2013

biskut, susu

Assalamualaikum.

Good morning! today is the second day of 2013! haha. kenapa aku rasa teruja? sebab assignment Agama Islam belum siap. ahaaaaaa. hari ni nak hantar. baru siap suku. partner pun siap suku kot. gabungkan baru jadi setengah. hmm. sebenarnya kelas kitaorang minta tunda tarikh submit tapi ustaz tak benarkan. tak silap aku dan kawan-kawan yang lain rasa, ustaz ada maklumkan kalau kerja seni kitaorang belambak boleh runding. cehh. maksud aku ustaz akan bagi tempoh lama sikit la. jadi, kitaorang pun minta tunda tapi beliau kata sebaliknya pulak. tak seperti apa yang beliau cakap sebelum ni. mungkin lupa? mungkin kitaorang yang salah dengar? mungkin ada salah faham? haha entah la tapi serius memang banyak lukisan kitaorang kena buat. lebih kurang 50 lukisan atau lebih sikit. tunggu je la apa akan berlaku kelas agama pukul 10.30 pagi nanti.


aku rasa nak cakap macam ni dekat ustaz. huhu macam bran je.
*Crayon by G.Dragon*


tiba-tiba teringat nasi goreng ikan masin semalam. lama tak makan. this is one of my favourite food. kan syok dapat makan nasi goreng ikan masin ni lagi pagi-pagi ni tapi apakan daya daku hanya mengalas perut dengan beberapa keping biskut sama susu suam jewww. macam la sedih sangat kan. sekurang-kurangnya aku dapat makan juga kalau nak dibandingkan dengan orang lain yang lebih memerlukan biskut dan susu tu. kita patut bersyukur la kan, alhamdullilah duduk Malaysia ni masih ada keamanan, ketenteraman. dapat makan makanan baikkkk punya. ada juga yang tak bersyukur, membangkang memilih je kerja dia. tu tak kena, ni tak kena. semualah tak kena. cuba bayangkan kau tinggal dekat negara lain yang tak aman, tak tenteram, tak sempat makan lagi, hang dah melayang. faham tak? ceh aku bukan reti sangat sebenarnya cakap benda-benda macam ni. boleh la seciput. biasa-biasa. janji ada sikit mesej aku selitkan. ahaa. maaf kalau salah.


itu je kot nak bagi tahu? 
have a nice day with your friends and family.
hargai la masa yang ada. ini atas nasihat untuk diri aku juga.
*sambung buat agama*



Tuesday, January 1, 2013

pagi tahun baru

Assalamualaikum.

selamat pagi dunia! mulakan hidup anda dengan senyuman *senyum lebar*.

hari ni cuti sempena tahun baru 2013. so yeah kelas tak ada.  apa-apa pun assignment tetap kena jalan. satu hari je pun cuti. roomate pulak masih mengorok, berdengkur tapi ada jugak yang dah terbangun tapi sambung tidur balik. lagi pun masing-masing tidur lewat semalam. aku sorang semangat lebih. nak rasa pagi tahun baru. ceh. esok budak-budak dah mula sekolah. kan? ke lusa? ahh lantak ah. bukan aku sekolah lagi. huhu. rindu pulak zaman sekolah. setiap pagi ada perhimpunan. lepas tu boleh tengok kapal terbang lalu masa perhimpunan sekolah tu. macam jakun kan? padahal hari-hari tengok. entah, aku suka. aku rasa bukan aku sorang. ramai jugak yang pandang atas bila kapal terbang lalu. mungkin sebab bunyi bising dari kapal terbang tu macam menarik perhatian kitaorang kan. kalau aku sebab aku suka tengok kapal terbang tu lalu dalam awan, lepas tu tiba-tiba hilang. kejap lagi, muncul balik. macam magic. haha. lagi-lagi masa tu langit lawa sangat. dalam folder picture aku belambak gambar langit. aku suka.


ini salah satu gambar kapal terbang yang aku ada. tak berapa banyak gambar kapal terbang yang aku ada. kawasan rumah aku memang tempat laluan kapal terbang. hari-hari boleh tengok kalau rajin tengok luar tingkap. ahaa. gambar ni diambil tiga hari lepas. 28122012.  


 pagi ni minum susu. mak selalu pesan setiap pagi dan sebelum tidur bancuh susu. jangan harap bawak je lepas tu simpan terperap dalam almari makanan. setakat ni aku selalu bancuh belah pagi je. malam jarang. asyik terlupa. hee. itu pun sejak sorang roomate aku, Nur Aliah Yazid, pun selalu bancuh susu. kalau tak, jangan harap aku nak bancuh. selalu dekat rumah mak bancuhkan. kau ada rasa iri hati tak? lalala. who care orang cakap aku anak manja. sebenarnya dalam kelas aku, ada sorang mamat ni nama dia Husaini, digelar Itew atas sebab peristiwa tertentu. haha. dia ni anak mak. ada sekali tu,  kelas Bahasa Inggeris buat speaking. tajuk random. kena pilih dalam satu kotak ni. aku tak ingat kawan aku dapat tajuk apa tapi dia ada cerita tentang ibu dia. ada certain part tu agak sedih la. ada yang menangis. aku pun turut tergolong la. haha. dan tak sangka pulak si Itew ni mengalir air matanya jugak sebab nampak dia kesat air mata dia. jarang kan tengok lelaki macam tu. ada jugak sorang senior sekolah aku dulu pun macam tu. aku tak ingat masa perhimpunan sekolah tu cerita pasal apa tapi yang pasti berkaitan dengan ibu bapa. tiba-tiba senior aku tu bangun, melarikan diri pergi ke tandas. mungkin tak tahan sebak. aku macam. . . . tak tahu pulak nak terang macam mana. aku rasa macam "wow" bila tengok keadaan tu. lebih kurang la. lol.


dan pastinya beberapa keping biskut. nampak tak belakang biskut tu? roti Gardenia tu saje buat hiasan tambahan. hehe. baru macam feel sikit gambar tu kan. lagi-lagi ada ayat "Selamat Tahun Baru, Happy New Year 2013." 


gambar tambahan. jumpa dalam facebook. aku rasa macam comel gila. nak buat sendiri tapi tak reti lagi. ada beli bahan nak buat benda benda ni tapi tersimpan dalam laci dekat rumah. haha.

ok itu sahaja untuk hari ni. sebenarnya aku rancang nak pergi joging pagi ni tapi tak jadi. sejak dari semester lepas lagi tak jadi. lagi-lagi bila roomate pun bangun lambat. aku pun macam malas dan rasa kesian nak kejutkan. penat kan. tidur lewat malam tadi. rasanya bukan malam tadi je. setiap hari pun lewat. biasa la tu pelajar Art and Design. alright gtg.



mari jemput 2013

Assalamualaikum.

semalam tidur kejap pukul 10 malam. bangun pukul 11 malam. tunggu punya tunggu, tak lama lepas tu, sorang roomate aku, Ika "eh lagi tiga minit pukul 12". 3 minit, 2 minit, 1 minit dan akhirnya pukul 12 malam. eh dah masuk 2013. Alhamdulillah. budak-budak level aku pulak bising "kita dah 19 tahun!" hahahahahahahahahahaha. weh kau percaya tak? percaya tak? aku percaya. "I believe I can fly." wait! aku tak percaya! aku? 19 tahun? puahahahahahahahaha. bak kata abah "anak abah ni macam 18 bulan". 18 bulan wehh. abah kau ada cakap macam tu dekat kau tak? tak ada kan? ahakssss. nampak tak aku ni terlalu awet muda? maaf terlalu perasan. wahahaha. sebenarnya sebab perangai aku kot. aku bila balik rumah jadi macam budak tadika. abah selalu ejek aku 18 bulan. abah, kalau perangai saya betul-betul 18 bulan, saya tak reti nak hidup berdikari dekat UITM, Lendu, Melaka. saya mesti merengek nak mak abah. saya mesti nak balik rumah setiap saat. melebih gila setiap saat. tapi, semua tu tak. aku boleh jaga diri dekat sini walaupun abah selalu cakap aku ni 18 bulan. sekarang ni, apa yang aku nak. aku nak dengar abah aku cakap "anak abah ni dah 19 bulan." muahahahahahahahahahaha. suka pulak aku. kau faham tak? bila aku balik rumah dan buat perangai budak tadika tu, kira aku nak bermanja la dengan mak abah bila balik rumah. hee. aku rasa korang pun buat macam tu kan! walaupun bukan semua. haha.

haihhh sebab tu la abah selalu cakap umur aku ni masih bulan-bulan tapi tak apa, aku memangggggg suka. hoho.

oh ya. aku harap azam baru aku dapat dilaksanakan dengan lancar. itu pun atas usaha aku kan. kalau perangai malas tak ubah, apa pun tak boleh. sampai ke tahun depan lagi tahun depan, azam yang nak dilaksanakan tu tak menjadi. In Sya Allah aku dan kawan-kawan aku boleh! Malaysia boleh! *kibar bendera Malaysia*. semangat sungguh. haha.

zzz tak tahu nak taip apa dah. mata pun dah kuyu. so. . .


selamat ber-dua-tiga-belas tahun. 
peace no war.