Thursday, August 20, 2015

Lama tak menaip di sini

Assalamualaikum,

peh serius kekok. lagi lagi bila aku baru je lepas baca entri zaman muda ( baru entri dua tiga tahun lepas je pun). ada yang ok ada yang bodoh bodoh. apa apa pun banyak merepek je semua penulisan ni.

selepas sekian lamanya aku mendiamkan diri dari dunia blog, aku banyak berubah menjadi lebih baik. kiranya, blog ni banyak memberi pengaruh buruk kepada hidup aku sebelum ni. eceh. acah acah sangat tau. padahal blog ni la yang banyak menyimpan kisah kisah yang tak mampu aku nak ingat semuanya. terharu gila. demmit blog. I love you lah. saranghae. wo ai ni. xie xie.

entri akhir aku masa tahun 2013. itu pun macam nak tak nak je aku kemas kini blog aku masa tahun 2013. masuk je tahun 2014, aku terus lesap ditelan zaman. hahahaha. lagi pun masa tu aku tengah kecundang. aku banyak masalah. masalah apa aku tak ingat, yang pasti aku sedang berada di hujung semester diploma. kau orang faham faham la kan tapi alhamdullilah aku dah graduasi. kalau boleh aku nak cerita pasal graduasi diploma aku tapi biarlah hanya aku dan pasangan sahaja yang tahu. celah mana tah pasangan aku tu. dah tentu la bayang bayang aku sendiri. sedih tak sedih.

tapi aku ceritakan sikit la apa yang aku buat selepas habis diploma. kalau dikumpulkan, alahai seciput je kerja aku buat. aku cuma kerja sambilan di Vivo Pizza & Panini, Aeon Rawang. kau nak tahu tak? kalau tak nak tahu, boleh jalan jalan cari rezeki. selepas aku hidup selama 20 tahun, itulah kerja pertama aku. ye aku tahu orang lain ada yang dah kerja sejak sekolah lagi. aku tabik gila ah. paling penting, memang itulah kerja pertama aku. terima kasih kepada mak gua paling kebabum. tanpa mak, akulah manusia paling pengecut.  nanti aku cerita lebih dalam entri akan datang. Insyallah.

kiranya, entri ni hanyalah untuk memanaskan tangan yang sudah lama membeku. dulu konon hari hari ada cerita baru nak ditaip. ah itu semua omong kosong. sebenarnya aku bukanlah seorang yang suka bercerita tapi ada satu masa tu, bila aku nak bercerita dekat orang, aku lepaskan semua sekali cerita. bercampur rojak abc ulam. macam kau takkan faham pun apa aku cerita, janji aku dah lepaskan. haha. lagi lagi aku tahu, kalau aku bercakap memang ada yang tak faham sebab aku bercakap meleret dan tak jelas sebab tu la aku tak pernah ada pakwe. mungkin terus dapat suami nanti. amin. gatalnya ya ampun.

aku rasa setakat ni je untuk malam ni. selamat malam. Assalamualaikum.