oh ya. 'pakwe' aku hilang. tiada siapa pun yang tahu sebelum ni. aku pendam tentang hal ini seorang diri. aku tempoh susah senang tanpa kawan-kawan di sisi. aku menangis sehingga mereka ini pun turut menangis.
kau tak rasa simpati ke? kejamlah kau. aku sedih gila 'pakwe' aku hilang. aku cari merata tempat sehingga ke lubang cacing. apatah lagi lubang Jerry. kawan kepada Tom. dan aku tak jumpa. aku mula meraung macam orang nak beranak. pheww. aku meraung "huaaa mana ni? manaaaa? manaaaa?!". aku mula mengesyaki mak aku. aku meraung lagi "huaaaa mana ah?! haaa kejap! mak buang dalam tong sampah agaknya tapi tak mungkinlah! huaaaaa mana ni?". aku risau dan masih mencari. aku berulang-alik ke tingkat atas kemudian ke tingkat bawah kemudian atas kemudian bawah lagi dan sehingga aku putus asa. baiklah, aku redha dia dah hilang.
malam tu. mak aku pulang. pulang dari sekolah. ya mak aku masih seorang pelajar sekolah menengah rendah. maka, nampak sangat aku menipu. mak aku seorang cikgu. kesian mak. mukanya terpampang tulisan "LETIH". tapi aku buat muka macam nak terkam awak. hai sayang , saya nak terkam awak. pheww amenda ni. aku tahu mak aku penat tapi aku masih sedih kerana kehilangan 'pakwe' aku yang berwarna biru. biru? dalam sedih muka aku terserlah muka singa. agak garang. kelihatan marah. aku marah dekat mak aku. sedang mak aku duduk di hadapan meja makan, aku lalu dan kedengaran namaku dipanggil. "Ila, makan." aku balas dengan nada rendah "nanti, nak mandi." dah malam baru nak mandi. aku memang malas mandi sebab takut air. haha kena tipu. haha ok tak kelakar. gagal! gagal!
lepas mandi, aku turun ke bawah untuk makan la, apa lagi. aku makan di dapur belakang. tak duduk makan sekali dengan mak. rasa macam jahat ah pulak aku ni tak makan sekali dengan mak. haih. tiba-tiba mak aku datang ke dapur. mak tanya pasal apa yang hilang. nampaknya kakak aku dah ceritakan dekat mak. terima kasih.
tup tap tup tap.
blablablablabla.
mak : terbuang dalam tong sampah kot.
aku : *harap-harap tak*
mak : kejap, mak try cari.
aku : dahhhh tak payah la. tak ada punya dalam tu.
mak : *tengah cari dalam plastik sampah hitam besar punya*
aku : tak payahhhh cariiiii.
mak : *korek-korek sampah*
aku : *rasa bersalah*
mak : nahhh, ni ke?
aku : hmmmmm.
mak : *nak tolong basuhkan*
aku : lah tak payah la basuh. lagi rosak. *sambil tu aku lap kesan-kesan minyak dengan tishu*
ok. dah sah rosak ni kena minyak.
esoknya nak keluar. aku selalu keluar, kamera mesti angkut sekali. nak mencuba tangkap gambar. aku mengharapkan memory card ni masih elok. tapi, ok dah rosak. ok. ok. ok. ok bye. bye memory card. awak dah mampus. saya tak boleh tangkap gambar dah. saya kena cari 'pakwe' baru. kesian awak memory card kedua. lepas ni saya nak cari pengganti ketiga. 'pakwe' pertama kena jangkitan kuman. 'pakwe' kedua mati dalam tong sampah. 'pakwe' ketiga belum beli. tunggu mak beli. pakai duit mak. mak, baca ni. duit mak tau. macam la mak baca. dan aku marah mak aku masa tu je. sekejap je. tak sampai satu jam. setengah jam pun tak sampai kot. itu pun buat muka marah je. agak-agak kalau orang lain tengking tak mak dia sebab terbuang memory card kamera dalam tong sampah? dan dalam memory card itu ada gambar yang banyak? kalau aku, tidak sama sekali. nak marah pun sekejap cukup. sebab apa? sebab dia mak. lagi pun mak bagi duit beli baru. hehehe.
Natijahnya, aku tak dapat tangkap gambar. kau tahu apa rasanya tak dapat tangkap gambar bila tiba-tiba ada pandangan yang indah depan mata? kecewa. hancur hati. tengok orang lain upload gambar baru. rasa macam aku tak ada apa-apa. macam makin bosan. dah la bye nak korek hidung. ah selesanya. beginilah orang selekeh.
*salah aku juga sebab letak memory card bersepah, bukan nak simpan elok-elok. padan muka.*